Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

3. WUJUD/TIDAK WUJUD SUATU KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib. 4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, Kilau bin Dahlan (No. Kad Pengenalan: 820521-00-0000), Renjer Hutan Gred G22, Pejabat LMN, Jabatan W, Negeri Z telah mengemukakan 12 resit penginapan yang mengandungi butir matan palsu bagi tuntutan perjalanan tuan sedangkan pihak hotel telah mengesahkan bahawa tuan tidak menginap di hotel-hotel seperti yang dinyatakan dalam resit penginapan tersebut seperti berikut: TUNTUTAN PERJALANAN TARIKH TEMPAT PENGINAPAN NO. INVOIS JUMLAH Januari 2016 20.01.2016 – 21.01.2016 Hotel King Kong 9615 RM154.00 22.01.2016 Telipok Garden HHG15/3658 RM120.00 Mei 2016 11.05.2016 – 12.05.2016 Hotel King Kong 9816 RM130.00 13.05.2016 Hotel Senangin 3334 RM120.00 Jun2016 17.06.2016 – 18.06.2016 Hotel King Kong 9924 RM130.00 19.06.2016 Telipok Garden HHG18/3292 RM135.00 25.06.2016 – 26.06.2016 Hotel King Kong 10132 RM130.00 Julai 2016 27.07.2016 Hotel Senangin 5513 RM120.00 164 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy