Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

HUTANG 1. LATAR BELAKANG KES Encik Gautama Putra ialah seorang Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 di Politeknik PQR. Pegawai ini didapati telah diisytihar bankrap oleh Mahkamah Tinggi Daerah Y, Negeri Z pada 22 Januari 2019 atas permohonan Bank Indahsama Rakyat (M) Berhad dan Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia. Berdasarkan Laporan Ketua Pengarah Insolvensi, Jabatan Insolvensi Cawangan Y, Negeri Z jumlah tanggungan pegawai adalah sebanyak RM220,000.00 terhutang kepada empat (4) pemiutang tidak bercagar seperti berikut: TAHUN PINJAMAN JENIS PINJAMAN JUMLAH (RM) 2010 Bank Indahsama Rakyat, Negeri ZA 120,000.00 2010 Bank Anda, Negeri ZB 60,000.00 2010 Sejahtera Credit, Negeri ZC 30,000.00 2015 Bahagia Bersama Bank, Negeri ZD 10,000.00 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Pengurusan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, telah memutuskan bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukumanselain buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 125 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy