Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

(c) pegawai telah ditegur untuk tidak mengulangi kesilapan ini dan supaya peka dengan peraturan baharu yang berkuat kuasa berhubung gangguan seksual; (d) merujuk kepada prestasi pegawai pula, pegawai sememangnya seorang yang komited terhadap kerja. Walaupun dikenakan pertuduhan, ia tidak menjejaskan prestasi kerja malah pegawai terus komited terhadap setiap tugasan yang diberikan; dan (e) mengesyorkan pegawai diberikan teguran supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) setelah menimbang kes pegawai memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman‘amaran’ mengikut Peraturan 38(a), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) pegawai tidak menafikan pertuduhan terhadapnya; (b) pegawai merasakan tindakannya bukanlah gangguan seksual tetapi tanda berseloroh dan lawak kasar; (c) pegawai merasakan tindakannya hanya gurauan, namun mangsa dan pengadu berasa terganggu dan tidak selesa dengan tindakan pegawai; Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 65

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy