Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

Oleh yang demikian, kes pegawai ini telah dikemukakan kepada Unit Integriti, Kementerian X selaku Pihak Berkuasa Tatatertib Yang Berkenaan untuk tindakan selanjutnya. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD KESPRIMA FACIE Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 37(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujudkesprima facie. 4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, Rahimi bin Ahmad Ridhuan (No. Kad Pengenalan: 781223-00-0000), Pemandu Kenderaan Gred H11 di Hospital GH telah didapati bersalah kerana membawa dadah ke negara Brunei Darussalam sehingga dipenjarakan di Penjara Maraburong Fasa 3, Brunei Darussalam dan dijatuhi hukuman lima (5) tahun penjara dan lima (5) kali sebatan seterusnya mencemar imej perkhidmatan awam. Perbuatan tuan itu boleh diertikan sebagai berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam serta tidak bertanggungjawab, iaitu bertentangan dengan Peraturan 4(2)(d) dan 4(2)(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: "4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (d) berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam; dan (g) tidak bertanggungjawab” 44 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy