Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) penyelia berpendapat alasan yang diberikan oleh pegawai adalah tidak munasabah dan mengesyorkan pegawai dikenakan tindakan tatatertib; (b) alasan pegawai terlupa dan lewat mengemukakan permohonan CTG juga adalah tidak munasabah. Pegawai didapati telah tidak hadir bertugas sebelumnya dan hanya mengemukakan permohonan CTG pada 21 Jun 2022 melalui aplikasi WhatsApptanpa sebarang dokumen sokongan; (c) selain itu, alasan-alasan lain yang dikemukakan turut didapati tidak munasabah dan tidak menyatakan secara terperinci masalah yang dihadapi pegawai; (d) pegawai juga pernah diberikan teguran secara bertulis melalui memo bertarikh 27 April 2022 kerana hanya datang ke pejabat untuk punch in dan punch out sahaja. Pegawai juga telah diberi teguran untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut, namun pegawai tidak berusaha untuk memperbaiki sikap; dan (e) pegawai telah diarah untuk hadir bertugas serta-merta melalui surat bertarikh 8 Jun 2022. Namun, pegawai masih gagal untuk mematuhi arahan tersebut. Pegawai tidak dapat dihubungi sepanjang tempoh ketidakhadirannya. Pegawai juga tidak menunjukkan usaha atau inisiatif untuk memaklumkan kepada penyelia berkenaan ketidakhadirannya. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 145

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy