Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, telah memutuskan bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Oleh yang demikian, kes pegawai ini telah dikemukakan kepada Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No. 1) selaku Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD KESPRIMA FACIE Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 37(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujudkesprima facie. 4. PERTUDUHAN Pegawai dihadapkan dengan dua (2) pertuduhan, iaitu: Pertuduhan Pertama Bahawa tuan, Tan Hock Chew (No. Kad Pengenalan: 771130-00-0000), Penolong Pegawai Tadbir Gred N32 semasa bertugas di Bahagian V, Kementerian X, didapati telah menerima wang tunai berjumlah RM50,000.00 secara tunai pada tarikh 20 Jun 2019 daripada wakil Syarikat MN Travel Sdn. Bhd. sebagai hadiah atas bantuan menguruskan satu (1) sesi perjumpaan pihak syarikat bersama YB Menteri Kementerian X dan juga satu (1) sesi taklimat pihak syarikat kepada YB Menteri Kementerian X. 93 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy