Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

3. WUJUD/TIDAK WUJUD SUATU KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib. 4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, Datin Dayang Munirah binti Awang Seman (No. Kad Pengenalan: 750903-00-0000), Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M54 (Memangku Utama C) semasa bertugas di Bahagian V, Kementerian X didapati telah menyenggara taraf hidup melebihi emolumen dan pendapatan persendirian yang sah dengan memiliki harta-harta seperti berikut: i. wang tunai berjumlah RM300,000.00; ii. pelbagai mata wang asing berjumlah hampir RM100,000.00; iii. kereta bermotor jenis Range Rover Velar bernombor pendaftaran DAM 1; iv. kereta bermotor jenis Lamborghini Aventador S bernombor pendaftaran DMS75; v. rumah beralamat No. 1, Jalan Permata, Taman Berlian, Negeri Z; dan vi. rumah beralamat No. 7, Lengkok Budi, Taman Pendeta, Negeri Z. Perbuatan puan yang tidak mengisytihar pemunyaan harta tersebut adalah melanggar Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Perbuatan tuan tersebut juga boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah, iaitu melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(c) dan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: 112 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy