Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

HISAP GANJA 1. LATAR BELAKANG KES Encik Wong Weng Keat ialah seorang Pegawai Bomba Gred KB22 yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Y, Negeri Z. Pegawai telah dilaporkan terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Pada 22 Ogos 2016, pegawai perubatan di Hospital GH telah mengesahkan dan memperakukan bahawa pegawai ialah seorang penagih dadah berbahaya jenis “11-Nor-Delta-9-Tetrahydrocannabinol-9-Carboxylic Acid” (ganja), iaitu suatu dadah berbahaya yang disenaraikan dalam Jadual Pertama kepada Akta Dadah Berbahaya 1952. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) di bawah Peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, berpendapat bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang boleh dikenakan hukuman dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 37(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD KESPRIMA FACIE Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbangkan kes ini di Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 79

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy