Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib. 4. PERTUDUHAN Pegawai dihadapkan dengan dua (2) pertuduhan iaitu: Pertuduhan Pertama Bahawa puan, Kiran Kaur a/p Ranjeet Singh (No. Kad Pengenalan: 860105-00-0000), Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M44 di Bahagian V, Kementerian X telah didapati gagal melaksanakan tugas yang diberikan. Dari segi kerja hakiki, puan telah ditempatkan di Bahagian V dan dipertanggungjawabkan bagi menyelaras modul latihan yang komprehensif untuk pembangunan kontraktor dan semasa melaksanakan tugas, puan dilaporkan telah gagal melaksanakan tugas yang diberikan sehingga menyebabkan Surat Tunjuk Sebab (STS) dikeluarkan terhadap puan. Perbuatan puan itu boleh diertikan sebagai kurang cekap, tidak bertanggungjawab dan ingkar perintah, iaitu bertentangan dengan Peraturan 4(2)(e), 4(2)(g) dan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (e) kurang cekap atau kurang berusaha; (g) tidak bertanggungjawab; dan (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah” Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 35

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy