Kemudahan Perubatan

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA KEMUDAHAN PERUBATAN VERSI 1.0 (2022) JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA Diedarkan kepada: Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan

iii KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT TUJUAN 1 LATAR BELAKANG 1 PELAKSANAAN 2 TARIKH BERKUAT KUASA 4 PEMBATALAN 4 PEMAKAIAN 4 LAMPIRAN I Senarai Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Edaran Yang Dibatalkan 1-1 Perbelanjaan Kemudahan Perubatan CERAIAN SR.2.1.1 Permohonan Perbelanjaan Bagi Kemudahan Perubatan 7 Lampiran SR.2.1.1(A) Panduan Permohonan Perbelanjaan bagi Pembekalan Ubat 1-1 Lampiran SR.2.1.1(B) Panduan Permohonan Perbelanjaan bagi Pembekalan Alat 2-1 Lampiran SR.2.1.1(C) Panduan Permohonan Perbelanjaan bagi Perkhidmatan Perubatan 3-1 Lampiran SR.2.1.1(D) Panduan Permohonan Perbelanjaan bagi Rawatan Penyakit Buah Pinggang 4-1 Lampiran SR.2.1.1(E) Panduan Permohonan Perbelanjaan bagi Rawatan Kemandulan 5-1 Lampiran SR.2.1.1(F) Panduan Permohonan Perbelanjaan bagi Rawatan Kepakaran 6-1

iv PERKARA MUKA SURAT Lampiran SR.2.1.1(G) Panduan Permohonan Perbelanjaan bagi Rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) Sdn Bhd. 7-1 Lampiran SR.2.1.1(H) Panduan Permohonan Perbelanjaan bagi Rawatan Kecemasan 8-1 Lampiran SR.2.1.1(I) Panduan Permohonan Perbelanjaan bagi Rawatan di Luar Negeri 9-1 Lampiran SR.2.1.1(J) Borang Perubatan 1/09 - Permohonan Perubatan Bagi Ubat/Alat/Perkhidmatan Perubatan/Rawatan 10-1 Lampiran SR.2.1.1(K) Borang Perubatan 2/09 - Permohonan Perubatan Bagi Rawatan Kecemasan Di Hospital/Klinik Swasta 11-1 Lampiran SR.2.1.1(L) Borang Perubatan 3/09 - Permohonan Perubatan Bagi Rawatan Di Luar Negeri 12-1 CERAIAN SR.2.1.2 Penanggungan Kos Kemudahan Perubatan Bagi Pegawai Dan Pesara Yang Berkhidmat Di Bawah Perkhidmatan Awam Negeri, Badan Berkanun Dan Pihak Berkuasa Tempatan 14 Pemansuhan Bayaran Wad Kepada Pegawai Dan Pesara Perkhidmatan Awam CERAIAN SR.2.2.1 Pemansuhan Bayaran Wad Kepada Pegawai Dan Pesara Perkhidmatan Awam 16 Surat Pengenalan Dan Akuan Bagi Pegawai Kerajaan Untuk Mendapat Rawatan Perubatan Di Hospital Atau Klinik Kerajaan CERAIAN SR.2.3.1 Surat Pengesahan Diri Dan Pengakuan Pegawai Untuk Mendapat Rawatan Perubatan Di Hospital Atau Klinik Kerajaan 18 Lampiran SR.2.3.1 Surat Pengesahan Diri Dan Pengakuan Pegawai 1-1

v PERKARA MUKA SURAT Kemudahan Perlindungan Insurans Perjalanan Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Ke Luar Negara/Negara Ketiga Atas Urusan Persendirian CERAIAN SR.2.4.1 Kemudahan Perlindungan Insurans Perjalanan Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian 20 Lampiran SR.2.4.1 (A) Amaun Perlindungan Insurans Perjalanan Yang Ditetapkan Oleh Kerajaan 1-1 Lampiran SR.2.4.1 (B) Kadar Premium Bagi Perlindungan Insurans Perjalanan Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian 2-1 Lampiran SR.2.4.1 (C) Borang Tuntutan Bayaran Balik Premium Perlindungan Insurans Perjalanan 3-1 Pemeriksaan Kesihatan Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam CERAIAN SR.2.5.1 Perisytiharan Rekod Kesihatan Bagi Membudayakan Gaya Hidup Sihat Pegawai Awam 25 Lampiran SR.2.5.1 Borang Permohonan Pemeriksaan Kesihatan Komprehensif 1-1 Kemudahan Perubatan Untuk Ibu Bapa Yang Sah CERAIAN SR.2.6.1 Kemudahan Perubatan Untuk Ibu Bapa Yang Sah Kepada Pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan 28 Lampiran SR.2.6.1 (A) Surat Pengesahan Diri Dan Pengakuan Pesara 1-1 Lampiran SR.2.6.1 (B) Proses Permohonan 2-1

vi Jejak Dokumen: Bil. Ceraian (Tarikh Kemaskini /Batal) Asal Pindaan 1. SR.2.5.1 (6 September 2022) Pindaan 1: TAJUK CERAIAN “Pemeriksaan Kesihatan Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam” Dipinda kepada “Perisytiharan Rekod Kesihatan Bagi Membudayakan Gaya Hidup Sihat Pegawai Awam” Pindaan 2: Versi lama Ceraian SR.2.5.1 dibatalkan Dipinda kepada Versi baharu Ceraian SR.2.5.1 (Rujuk Surat Edaran JPA.(S).600-1/6/17 (45) bertarikh 6 September 2022).

1  KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM DIRECTOR-GENERAL OF PUBLIC SERVICE Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Public Service Department, Malaysia Aras 13, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 W.P. PUTRAJAYA MALAYSIA Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan PEKELILING PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA KEMUDAHAN PERUBATAN VERSI 1.0 (2022) TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) ini bertujuan memaklumkan mengenai kemudahan perubatan yang diperuntukkan kepada pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan serta ahli keluarga mereka yang berkelayakan. LATAR BELAKANG 2. Kemudahan perubatan bagi Perkhidmatan Awam adalah sepertimana yang diperuntukkan di bawah Perintah Am Bab F (Perubatan) Tahun 1974, pekeliling, surat pekeliling dan surat edaran. 3. Di samping itu, Kerajaan juga telah bersetuju supaya kemudahan perubatan dipanjangkan kepada ibu bapa yang sah dari segi undang-undang bagi pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan.

2  PELAKSANAAN 4. Kemudahan perubatan kepada pegawai-pegawai dan keluarga mereka yang jatuh sakit layak diberi kemudahan perubatan percuma di hospital/klinik Kerajaan. Sekiranya kemudahan tidak dapat diperolehi di klinik/hospital Kerajaan, kemudahan perubatan boleh diperolehi di klinik/hospital swasta atas tanggungan Kerajaan mengikut peraturan berkuat kuasa seperti berikut: i. Perbelanjaan bagi pembekalan ubat; ii. Perbelanjaan bagi pembekalan alat; iii. Perbelanjaan bagi perkhidmatan perubatan; iv. Perbelanjaan bagi rawatan penyakit buah pinggang; v. Perbelanjaan bagi rawatan kemandulan; vi. Perbelanjaan bagi rawatan kepakaran; vii. Perbelanjaan bagi rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) Sdn. Bhd.; viii. Perbelanjaan bagi rawatan kecemasan; dan ix. Perbelanjaan bagi rawatan luar negeri. 5. Peraturan mengenai pelaksanaan kemudahan perubatan dalam Perkhidmatan Awam diperincikan melalui enam (6) perkara seperti berikut: KOD CERAIAN TEMA SR.2.1 Perbelanjaan Kemudahan Perubatan Ceraian SR.2.1.1 Permohonan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan yang meliputi sembilan (9) perkara berikut: i. Panduan Permohonan Perbelanjaan bagi Pembekalan Ubat; ii. Panduan Permohonan Perbelanjaan bagi Pembekalan Alat; iii. Panduan Permohonan Perbelanjaan bagi Perkhidmatan Perubatan; iv. Panduan Permohonan Perbelanjaan bagi Rawatan Penyakit Buah Pinggang; v. Panduan Permohonan Perbelanjaan bagi Rawatan Kemandulan; vi. Panduan Permohonan Perbelanjaan bagi Rawatan Kepakaran;

3  KOD CERAIAN TEMA vii. Panduan Permohonan Perbelanjaan bagi Rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) Sdn. Bhd.; viii. Panduan Permohonan Perbelanjaan bagi Rawatan Kecemasan; dan ix. Panduan Permohonan Perbelanjaan bagi Rawatan Luar Negeri. Borang Tuntutan i. Borang Permohonan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan Bagi Ubat/ Alat/ Perkhidmatan Perubatan/ Rawatan (Borang 1/09) ii. Borang Permohonan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan Bagi Rawatan Kecemasan Di Hospital/ Klinik Swasta (Borang 2/09) iii. Borang Permohonan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan Bagi Rawatan di Luar Negeri (Borang 3/09) Ceraian SR.2.1.2 Penanggungan Kos Kemudahan Perubatan Bagi Pegawai Dan Pesara Yang Berkhidmat Di Bawah Perkhidmatan Awam Negeri, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan SR.2.2 Pemansuhan Bayaran Wad Kepada Pegawai Dan Pesara Perkhidmatan Awam Ceraian SR.2.2.1 Pemansuhan Bayaran Wad Kepada Pegawai Dan Pesara Perkhidmatan Awam SR.2.3 Surat Pengenalan Dan Akuan Bagi Pegawai Kerajaan Untuk Mendapat Rawatan Perubatan Di Hospital Atau Klinik Kerajaan Ceraian SR.2.3.1 Surat Pengenalan Dan Akuan Bagi Pegawai Kerajaan Untuk Mendapat Rawatan Perubatan Di Hospital Atau Klinik Kerajaan

4  KOD CERAIAN TEMA SR.2.4 Kemudahan Perlindungan Insurans Perjalanan Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Ke Luar Negara/Negara Ketiga Atas Urusan Persendirian Ceraian SR.2.4.1 Kemudahan Perlindungan Insurans Perjalanan Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Untuk Ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian SR.2.5 Pemeriksaan Kesihatan Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Ceraian SR.2.5.1 Perisytiharan Rekod Kesihatan Bagi Membudayakan Gaya Hidup Sihat Pegawai Awam SR.2.6 Kemudahan Perubatan Untuk Ibu Bapa Yang Sah Ceraian SR.2.6.1 Kemudahan Perubatan Untuk Ibu Bapa Yang Sah Kepada Pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan TARIKH BERKUAT KUASA 6. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022. PEMBATALAN 7. Dengan berkuatkuasanya PPSM ini, Pekeliling Perkhidmatan (PP), Surat Pekeliling Perkhidmatan (SPP) dan Surat Edaran (SE) seperti di Lampiran I adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 8. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, PPSM ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua PerkhidmatanAwam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

5  LAMPIRAN I Senarai Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Edaran Yang Dibatalkan Bil. Tema PP/SPP/SE Yang Dibatalkan 1. Kemudahan Perubatan (i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2015: Permohonan Perbelanjaan Bagi Kemudahan Perlindungan Insurans Kesihatan Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Berada Di Luar Negara Atas Urusan Persendirian; (ii) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2010: Pemansuhan Bayaran Wad kepada Pegawai dan Pesara Perkhidmatan Awam; (iii) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009: Peraturan Permohonan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan; (iv) Surat Edaran JPA.SARAAN(S)223/9/1(5) bertarikh 26 April 2019: Penjelasan Mengenai Penanggungan Kos Kemudahan Perubatan Bagi Pegawai Dan Pesara Yang Berkhidmat Di Bawah Perkhidmatan Awam Negeri, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan; (v) Surat Edaran JPA(S)187/20 Jld. 18(2) bertarikh 16 Januari 2019: Kemudahan Perlindungan Insurans Kesihatan Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Berada Di Luar Negara Atas Urusan Persendirian; (vi) Surat Edaran JPA(S)187/20 Jld. 16(41) bertarikh 17 Ogos 2018: Kemudahan Perlindungan Insurans Kesihatan Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Berada Di Luar Negara Atas Urusan Persendirian;

6  Bil. Tema PP/SPP/SE Yang Dibatalkan (vii) Surat Edaran JPA.800-6/2/109(2) bertarikh 22 Disember 2017: Garis Panduan Kemudahan Perubatan Untuk Ibu Bapa Yang Sah Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Berpencen; (viii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2017: Penambahbaikan Peraturan Pelaksanaan Kemudahan Perubatan dan Penjelasan Berhubung Rawatan di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd.; (ix) Surat Edaran JPA.SARAAN(S)264/15/16-4 Jld. 14(18) bertarikh 30 Januari 2015: Pelaksanaan Penambahbaikan Peraturan Permohonan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan di Bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009 bagi Pembekalan Alat Bantu Penglihatan Terhad Disenaraikan sebagai Alat Bantuan Perubatan; (x) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1993: Pindaan kepada Surat Pengenalan dan Akuan bagi Pegawai Kerajaan Untuk Mendapat Rawatan Perubatan di Hospital atau Klinik Kerajaan (Perintah Am 25 Bab F); (xi) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1970: Bayaran Perawatan Yang Dikenakan Oleh Hospital Ke Atas Pegawai-Pegawai Yang Dalam Cuti Belajar Di Luar Negara; (xii) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2003: Pemeriksaan Kesihatan Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam; dan (xiii) Versi lama Ceraian SR.2.5.1: Pemeriksaan Kesihatan Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam (Batal pada 6 September 2022)

7  CERAIAN SR.2.1.1 PERMOHONAN PERBELANJAAN BAGI KEMUDAHAN PERUBATAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk melaksanakan peraturan permohonan perbelanjaan bagi kemudahan perubatan yang diperolehi oleh pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan serta ahli keluarga mereka yang berkelayakan. LATAR BELAKANG 2. Kemudahan perubatan bagi Perkhidmatan Awam adalah sepertimana yang diperuntukkan di bawah Perintah-perintah Am Bab F (Perubatan) Tahun 1974, pekeliling, surat pekeliling dan surat edaran, menetapkan bahawa pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan serta ahli keluarga mereka yang berkelayakan adalah layak diberi kemudahan perubatan percuma di hospital/klinik Kerajaan. Walau bagaimanapun, sekiranya kemudahan perubatan yang diperlukan oleh seseorang pegawai atau pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan atau ahli keluarga mereka yang berkelayakan tidak dapat diperolehi di hospital/klinik Kerajaan, kemudahan perubatan tersebut boleh diperolehi di hospital/klinik/agensi swasta atas tanggungan Kerajaan tertakluk kepada pematuhan terhadap syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang ditetapkan. PELAKSANAAN Tafsiran 3. Dalam Ceraian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain: i) “ibu bapa yang sah” bermakna ibu kandung atau bapa kandung atau ibu tiri atau bapa tiri atau ibu angkat atau bapa angkat yang pertalian kekeluargaan adalah sah di sisi undang-undang; ii) “Jabatan” termasuklah: a) sesuatu Kementerian; dan b) sesuatu Jabatan Persekutuan di peringkat persekutuan, wilayah, negeri atau daerah dalam Persekutuan;

8  SR.2.1.1 iii) “keluarga pegawai” adalah merujuk kepada tafsiran sebagaimana yang ditetapkan dalam Perintah Am 1 (iii) Bab F Tahun 1974 seperti berikut: “bagi pegawai lelaki, isteri dan anak-anaknya; dan bagi pegawai perempuan, suami dan anak-anaknya. Di mana ada disebutkan mengenai rawatan percuma yang boleh diberi kepada keluarga seseorang pegawai, maka anak-anak yang berkelayakan ialah anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai yang berumur di bawah 18 tahun; atau sekiranya masih bersekolah, di bawah umur 21 tahun. Walau bagaimanapun bagi anak-anak yang daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani, had-had umur ini tidak akan dipakai. Istilah ‘anak’ akan termasuk juga anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diambil mengikut undang-undang. Untuk tujuan pemberian rawatan percuma ini, balu seseorang pegawai juga akan dianggap sebagai keluarga pegawai selagi ia tidak berkahwin semula.” iv) “Ketua Jabatan” bermakna seseorang yang mengetuai sesuatu jabatan atau Ketua Perkhidmatan, mengikut mana-mana yang berkenaan. Bagi maksud untuk melaksanakan pemberian kemudahan perubatan yang diperuntukkan di bawah Perintah Am Bab F Tahun 1974 dan Ceraian ini, Ketua Jabatan untuk pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan ialah Pengarah Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam; v) “pegawai” adalah merujuk kepada tafsiran sebagaimana yang ditetapkan dalam Perintah Am 1 (vi) Bab F Tahun 1974 seperti berikut: “mana-mana pegawai atau pesara dalam perkhidmatan Kerajaan Malaysia atau mana-mana Negeri”.

9  SR.2.1.1 Kelayakan 4. Kemudahan perubatan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perintah Am Bab F Tahun 1974 dan Ceraian ini secara keseluruhannya adalah layak diberikan kepada: i) pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan lantikan tetap, kontrak (merujuk kepada pegawai lantikan secara contract of service di bawah Ceraian UP.1.1.1 dan pindaannya dari semasa ke semasa) dan sementara; ii) pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah Skim Pencen dan pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara atas sebab-sebab berikut: (a) bersara apabila mencapai opsyen umur bersara; (b) atas sebab kesihatan; (c) apabila jawatan yang dipegangnya dihapuskan; (d) bagi maksud supaya organisasi jabatan di mana pegawai itu bekerja mudah diperbaiki; (e) atas alasan bahawa pegawai ditamatkan atas sebab kepentingan awam; atau (f) mati dalam perkhidmatan. iii) ahli keluarga seperti mengikut peruntukan Perintah Am 1 (iii) Bab F (Perubatan) Tahun 1974 bagi pegawai dan pesara sebagaimana yang dijelaskan dalam perenggan (i) dan (ii) di atas. 5. Kemudahan perubatan ini adalah dibenarkan kepada ibu bapa yang sah kepada pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan, tertakluk kepada pematuhan terhadap syarat-syarat dan peraturan-peraturan seperti berikut: i) pemberian kemudahan perubatan yang dibenarkan adalah terhad kepada ibu bapa yang sah bagi pegawai yang tertakluk di bawah Sistem Saraan Baru dan Sistem Saraan Malaysia sahaja;

10  SR.2.1.1 ii) maklumat peribadi mengenai ibu bapa yang sah yang layak diberi kemudahan perubatan yang dibenarkan di bawah Perintah Am Bab F Tahun 1974 dan Ceraian ini hendaklah dimaklumkan secara rasmi kepada Ketua Jabatan dan dicatatkan di muka surat tiga (3) dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan pegawai mengikut format seperti berikut: Nama Bapa kandung/ Tiri/ Angkat : No. Kad Pengenalan : Nama Ibu kandung/ Tiri/ Angkat : No. Kad Pengenalan : iii) sebarang perubahan berkaitan dengan perenggan (ii) di atas hendaklah dimaklumkan semula secara rasmi kepada Ketua Jabatan; iv) pemberian kemudahan perubatan yang dibenarkan adalah terhad kepada ibu bapa yang sah yang bermastautin di Malaysia sahaja; v) surat pengesahan daripada Ketua Jabatan seseorang pegawai sama ada seperti mengikut penetapan di dalam Ceraian SR.2.3.1 atau melalui aplikasi elektronik (contoh: aplikasi Human Resource Management Information System [HRMIS]) hendaklah dikemukakan kepada pihak hospital/klinik Kerajaan yang berkenaan semasa ibu bapa yang sah ingin mendapatkan kemudahan perubatan. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk menentukan butir-butir yang dinyatakan di dalam surat pengesahan/aplikasi elektronik adalah tepat berdasarkan maklumat yang tercatat dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan pegawai; vi) kelayakan wad bagi ibu bapa yang sah adalah ditentukan berdasarkan kelayakan yang ditetapkan kepada pegawai; vii) ibu bapa yang sah yang terdiri daripada pesara Kerajaan seperti mengikut penetapan di perenggan 4 (ii) di atas boleh memilih untuk menggunakan kemudahan rawatan perubatan mengikut kelayakan sebagai seorang pesara atau menggunakan kelayakan pegawai; dan

11  SR.2.1.1 viii) kemudahan perubatan yang tidak dibenarkan kepada ibu bapa yang sah adalah seperti berikut: (a) rawatan perubatan di luar negeri; (b) rawatan bagi tujuan pencegahan penyakit; (c) pembekalan semua jenis/ kategori alat; dan (d) rawatan membuat crowning, gigi palsu dan rawatan ortodontik bagi tujuan corrective measure yang merupakan rawatan kosmetik. Tatacara Permohonan Perbelanjaan 6. Kaedah dan syarat permohonan perbelanjaan kemudahan perubatan yang diberikan bagi penjawat awam boleh dibahagikan mengikut sembilan (9) perkara utama seperti berikut: i) Panduan Permohonan Perbelanjaan bagi Pembekalan Ubat seperti di Lampiran SR.2.1.1(A); ii) Panduan Permohonan Perbelanjaan bagi Pembekalan Alat seperti di Lampiran SR.2.1.1(B); iii) Panduan Permohonan Perbelanjaan bagi Perkhidmatan Perubatan seperti di Lampiran SR.2.1.1(C); iv) Panduan Permohonan Perbelanjaan bagi Rawatan Penyakit Buah Pinggang seperti di Lampiran SR.2.1.1(D); v) Panduan Permohonan Perbelanjaan bagi Rawatan Kemandulan seperti di Lampiran SR.2.1.1(E); vi) Panduan Permohonan Perbelanjaan bagi Rawatan Kepakaran seperti di Lampiran SR.2.1.1(F); vii) Panduan Permohonan Perbelanjaan bagi Rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) Sdn Bhd. seperti di Lampiran SR.2.1.1(G); viii) Panduan Permohonan Perbelanjaan bagi Rawatan Kecemasan seperti di Lampiran SR.2.1.1(H); dan ix) Panduan Permohonan Perbelanjaan bagi Rawatan di Luar Negeri seperti di Lampiran SR.2.1.1(I). Tanggungjawab Ketua Jabatan

12  SR.2.1.1 Tanggungjawab Ketua Jabatan 7. Ketua Jabatan bertanggungjawab untuk memastikan perkara-perkara berikut dilaksanakan dengan teratur: i) kelayakan permohonan mematuhi peruntukan Perintah Am Bab F Tahun 1974 dan Ceraian ini; ii) tatacara pelaksanaan sebagaimana yang ditetapkan dalam Ceraian ini dipatuhi; iii) syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang ditetapkan bagi setiap permohonan pembiayaan perbelanjaan dipatuhi semasa mempertimbangkan permohonan pegawai/pesara; iv) maklumat dalam borang permohonan dan dokumen sokongan yang dikemukakan adalah lengkap dan tepat; v) butir perbelanjaan disokong dengan dokumen kewangan seperti resit, invois, surat sebut harga atau dokumen kewangan lain yang berkaitan; vi) kelulusan adalah diberi bagi kos kemudahan perubatan yang tidak dapat diperolehi di hospital/klinik Kerajaan tertakluk kepada permohonan yang mematuhi semua syarat dan peraturan yang ditetapkan dalam Perintah Am Bab F Tahun 1974 dan Ceraian yang berkaitan, kecuali permohonan perbelanjaan bagi rawatan di luar negeri; vii) pembayaran yang dibuat kepada pemohon bagi kos kemudahan perubatan yang tidak dapat diperolehi di hospital/ klinik Kerajaan berdasarkan tatacara dan peraturan kewangan yang berkuat kuasa; viii) kelulusan bagi permohonan perbelanjaan untuk pembekalan/ penggantian/baik pulih alat yang berharga melebihi daripada RM1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu) direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan/ fail pesara; ix) merujuk kepada Bahagian Perkembangan Perubatan (BPP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)/ Pengarah Hospital Universiti/ Pengarah Hospital Angkatan Tentera Malaysia, bagi tatacara pelaksanaan yang memerlukan perakuan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia atau sokongan KKM/Pengarah Hospital Universiti/Pengarah Hospital Angkatan Tentera Malaysia; dan

13  SR.2.1.1 x) merujuk kepada BPP, KKM/ Pengarah Hospital Universiti/ Pengarah Hospital Angkatan Tentera Malaysia sekiranya terdapat sebarang kemusykilan mengenai jenis ubat. PEMBATALAN 8. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Edaran seperti di bawah adalah dibatalkan: (i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009: Peraturan Permohonan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan; (ii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2017: Penambahbaikan Peraturan Pelaksanaan Kemudahan Perubatan dan Penjelasan Berhubung Rawatan Di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd.; dan (iii) Surat Edaran JPA.SARAAN(S)264/15/16-4 Jld. 14(18) bertarikh 30 Januari 2015: Pelaksanaan Penambahbaikan Peraturan Permohonan Perbelanjaan Kemudahaan Perubatan Di Bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009 Bagi Pembekalan Alat Bantu Penglihatan Terhad Disenaraikan Sebagai Alat Bantuan Perubatan. PEMAKAIAN 9. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

 1-1 LAMPIRAN SR.2.1.1(A) PANDUAN PERMOHONAN PERBELANJAAN BAGI PEMBEKALAN UBAT TUJUAN 1. Panduan ini bertujuan untuk melaksanakan peraturan permohonan perbelanjaan bagi pembekalan ubat yang diperolehi oleh pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan serta ahli keluarga mereka yang berkelayakan. PELAKSANAAN Syarat-syarat dan Peraturan-peraturan Umum 2. Syarat-syarat dan peraturan-peraturan bagi permohonan perbelanjaan untuk pembekalan ubat adalah ditetapkan seperti berikut: i) perbelanjaan bagi pembekalan ubat yang diperaku (prescribe) oleh Pegawai Perubatan Kerajaan (PPK) dan disahkan tidak dapat dibekal/disediakan oleh hospital/klinik Kerajaan boleh dipertimbangkan dengan syarat ubat tersebut disenaraikan di dalam senarai ubat-ubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)/hospital universiti; ii) perbelanjaan bagi pembekalan ubat yang tidak disenaraikan di dalam senarai ubat-ubatan KKM/hospital universiti boleh dipertimbangkan dengan syarat penggunaan ubat tersebut hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada Bahagian Perkembangan Perubatan (BPP), KKM (bagi rawatan yang diperolehi di hospital/klinik di bawah KKM) atau Pengarah hospital universiti (bagi rawatan yang diperolehi di hospital universiti); iii) permohonan perbelanjaan untuk pembekalan ubat yang melibatkan keperluan penggunaan bagi suatu tempoh yang berpanjangan adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun, kelulusan oleh Ketua Jabatan hendaklah tertakluk kepada had perbelanjaan bagi pembekalan ubat yang melibatkan keperluan penggunaan untuk tempoh tiga bulan sahaja bagi setiap permohonan; dan

 1-2 iv) sebarang permohonan perbelanjaan bagi pembekalan makanan atau makanan tambahan (food supplement) atau perubatan alternatif adalah tidak dibenarkan walaupun penggunaan bahan tersebut disokong/diperakukan oleh PPK. Tatacara Permohonan Perbelanjaan 3. Permohonan perbelanjaan bagi pembekalan ubat yang diperolehi di hospital/ klinik/agensi swasta adalah dilaksanakan mengikut tatacara berikut: i) mendapat rawatan di hospital/ klinik Kerajaan; dan ii) kemudahan perubatan yang diperlukan tidak dapat dibekal/disediakan oleh hospital/klinik Kerajaan; dan iii) perakuan keperluan kemudahan perubatan dan pengesahan oleh pegawai perubatan Kerajaan mengenai perkara di perenggan (ii) di atas; dan iv) permohonan dikemukakan menggunakan Borang Perubatan 1/09 seperti di Lampiran SR.2.1.1(J); dan v) permohonan diluluskan oleh Ketua Jabatan.

 2-1 LAMPIRAN SR.2.1.1(B) PANDUAN PERMOHONAN PERBELANJAAN BAGI PEMBEKALAN ALAT TUJUAN 1. Panduan ini bertujuan untuk melaksanakan peraturan permohonan perbelanjaan bagi pembekalan alat yang diperolehi oleh pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan serta ahli keluarga mereka yang berkelayakan. Syarat-syarat Dan Peraturan-peraturan Umum 2. Syarat-syarat dan peraturan-peraturan umum bagi permohonan perbelanjaan untuk pembekalan semua jenis/kategori alat adalah ditetapkan seperti berikut: i) permohonan perbelanjaan bagi pembekalan semua jenis/kategori alat untuk ibu bapa yang sah kepada seseorang pegawai adalah tidak dibenarkan; ii) kos yang ditanggung oleh Kerajaan adalah tertakluk kepada harga/alat sebagaimana yang disokong/diperakukan oleh Bahagian Perkembangan Perubatan (BPP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM); iii) permohonan perbelanjaan untuk tujuan baik pulih atau menggantikan sebarang alat yang rosak akibat kecuaian adalah tidak dibenarkan; iv) permohonan perbelanjaan untuk pembekalan/penggantian/baik pulih alat bagi tujuan kosmetik adalah tidak dibenarkan; v) permohonan perbelanjaan untuk pembekalan/penggantian/baik pulih alat bagi tujuan selain dari tujuan rawatan kepada penyakit yang dihidapi adalah tidak dibenarkan; vi) sebarang kemusykilan mengenai justifikasi keperluan/pengesahan keperluan/spesifikasi/harga alat hendaklah dikemukakan kepada BPP, KKM untuk ulasan/sokongan; dan

 2-2 vii) kelulusan bagi permohonan perbelanjaan untuk pembekalan/penggantian/ baik pulih alat yang berharga melebihi daripada RM1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu) hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan/fail pesara. Permohonan Perbelanjaan Untuk Pembekalan Alat Ortopedik 3. Syarat-syarat dan peraturan-peraturan umum bagi permohonan perbelanjaan untuk pembekalan semua jenis/kategori alat adalah ditetapkan seperti berikut: i) permohonan perbelanjaan untuk pembekalan alat ortopedik yang berharga sehingga RM10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu) boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan tanpa sokongan/perakuan BPP, KKM tertakluk kepada syarat bahawa permohonan tersebut hendaklah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan Ketua Jabatan tidak mempunyai sebarang kemusykilan berkaitan permohonan yang dipertimbangkan; dan ii) permohonan perbelanjaan untuk pembekalan alat ortopedik yang berharga melebihi daripada RM10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu) hendaklah dirujuk untuk sokongan/perakuan oleh BPP, KKM terlebih dahulu sebelum boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan. Permohonan Perbelanjaan Untuk Pembekalan Anggota Palsu 4. Syarat-syarat dan peraturan-peraturan umum bagi permohonan perbelanjaan untuk pembekalan anggota palsu adalah ditetapkan seperti berikut: i) permohonan perbelanjaan untuk pembekalan anggota palsu boleh dipertimbangkan oleh Ketua Jabatan tanpa mendapatkan perbandingan harga melalui surat sebut harga daripada Pusat Latihan Perindustrian Dan Pemulihan Orang Kurang Upaya, Bangi; ii) permohonan perbelanjaan untuk pembekalan anggota palsu adalah tertakluk kepada harga siling seperti yang ditetapkan di Jadual 1 berikut:

 2-3 Jadual 1: Harga Siling bagi Permohonan Perbelanjaan Untuk Pembekalan Anggota Palsu Jenis Amputasi Harga Siling (RM) Amputasi bawah lutut 5,000.00 Amputasi paras lutut 10,000.00 Amputasi atas lutut 10,000.00 Amputasi ‘through hip’ 15,000.00 iii) permohonan perbelanjaan untuk pembekalan anggota palsu yang berharga sehingga harga siling yang ditetapkan di Jadual 1 boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan tanpa sokongan/perakuan BPP, KKM tertakluk kepada syarat bahawa permohonan tersebut hendaklah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan Ketua Jabatan tidak mempunyai sebarang kemusykilan berkaitan permohonan yang dipertimbangkan; dan iv) permohonan perbelanjaan untuk pembekalan anggota palsu yang berharga melebihi daripada harga siling yang ditetapkan di Jadual 1 hendaklah dirujuk untuk sokongan/perakuan BPP, KKM terlebih dahulu sebelum boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan. Permohonan Perbelanjaan Untuk Pembekalan Kerusi Roda 5. Syarat-syarat dan peraturan-peraturan umum bagi permohonan perbelanjaan untuk pembekalan kerusi roda adalah ditetapkan seperti berikut: i) permohonan perbelanjaan untuk pembekalan kerusi roda adalah tertakluk kepada harga siling seperti yang ditetapkan di Jadual 2 berikut: Jadual 2: Harga Siling bagi Permohonan Perbelanjaan Untuk Pembekalan Kerusi Roda Jenis Kerusi Roda Harga Siling (RM) Standard wheelchair 400.00 Semi light weight wheelchair 1,500.00 Reclining wheelchair 1,500.00 Light weight wheelchair 2,000.00 Tilt-in-space wheelchair 3,000.00 Motorized wheelchair 7,000.00

 2-4 ii) permohonan perbelanjaan untuk pembekalan kerusi roda yang berharga sehingga harga siling yang ditetapkan di Jadual 2 boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan tanpa sokongan/perakuan BPP, KKM tertakluk kepada syarat bahawa permohonan tersebut hendaklah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan Ketua Jabatan tidak mempunyai sebarang kemusykilan berkaitan permohonan yang dipertimbangkan; dan iii) permohonan perbelanjaan untuk pembekalan kerusi roda yang berharga melebihi daripada harga siling yang ditetapkan di Jadual 2 hendaklah dirujuk untuk sokongan/perakuan BPP, KKM terlebih dahulu sebelum boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan. Permohonan Perbelanjaan Untuk Pembekalan Alat Bantu Pendengaran 6. Syarat-syarat dan peraturan-peraturan umum bagi permohonan perbelanjaan untuk pembekalan alat bantu pendengaran adalah ditetapkan seperti berikut: i) permohonan perbelanjaan untuk pembekalan alat bantu pendengaran yang berharga sehingga RM3,500.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu Lima Ratus) bagi setiap unit (per piece) boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan tanpa sokongan/perakuan BPP, KKM tertakluk kepada syarat bahawa permohonan tersebut hendaklah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan Ketua Jabatan tidak mempunyai sebarang kemusykilan berkaitan permohonan yang dipertimbangkan; ii) permohonan perbelanjaan untuk pembekalan alat bantu pendengaran yang berharga melebihi daripada RM3,500.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu Lima Ratus) bagi setiap unit (per piece) hendaklah dirujuk untuk sokongan/perakuan oleh BPP, KKM terlebih dahulu sebelum boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan; iii) bagi permohonan perbelanjaan untuk penggunaan alat bantu pendengaran kali pertama, harga siling bagi setiap unit (per piece) alat bantu pendengaran sebagaimana yang ditetapkan dalam perenggan (i) dan (ii) di atas adalah termasuk kos bagi acuan telinga dan bateri; iv) permohonan perbelanjaan bagi tujuan menggantikan bateri adalah tidak dibenarkan;dan v) Preskripsi alat bantu pendengaran oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) perlu disahkan oleh Pakar Otorinolaringologi (ORL) Kerajaan.

 2-5 Permohonan Perbelanjaan Untuk Pembekalan Alat Bantu Penglihatan Terhad 7. Alat Bantu Penglihatan Terhad ini merupakan bantuan kemudahan pemulihan bagi individu yang mengalami masalah penglihatan terhad di mana individu ini dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya. Jenis Alat Bantu Penglihatan Terhad yang dibenarkan adalah peralatan optikal yang mengandungi satu atau lebih kanta dan diletakkan di antara mata dan bahan yang hendak dilihat. 8. Syarat-syarat dan peraturan-peraturan tambahan bagi permohonan perbelanjaan untuk pembekalan Alat Bantu Penglihatan Terhad adalah seperti berikut: i) setiap pemohon boleh membuat permohonan perbelanjaan untuk membeli Alat Bantu Penglihatan Terhad yang berharga sehingga RM1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu) bagi setiap unit sahaja seperti yang ditetapkan di Jadual 3 berikut: Jadual 3: Harga Siling bagi Permohonan Perbelanjaan Untuk Pembekalan Alat Bantu Penglihatan Terhad Jenis Alat Bantu Penglihatan Terhad Harga Siling (RM) Peralatan Optikal Dekat 1,000.00 Peralatan Optikal Jauh (Telescope) 1,000.00 ii) setiap pemohon boleh membuat permohonan perbelanjaan untuk membeli maksimum dua (2) jenis Alat Bantu Penglihatan Terhad iaitu satu (1) untuk kegunaan dekat dan satu (1) untuk kegunaan jauh dan harga setiap satu alat adalah tidak boleh melebihi RM1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu); iii) permohonan perbelanjaan untuk pembekalan Alat Bantu Penglihatan Terhad melebihi dari dua (2) unit seperti ditetapkan di Jadual 3 adalah tidak dibenarkan bagi setiap satu permohonan; iv) bagi permohonan perbelanjaan untuk penggunaan Alat Bantu Penglihatan Terhad kali pertama, harga siling bagi setiap unit Alat Bantu Penglihatan Terhad sebagaimana yang ditetapkan dalam perenggan (i) dan (ii) di atas adalah termasuk kos mentol dan bateri; v) permohonan perbelanjaan bagi tujuan menggantikan alat yang rosak atau hilang disebabkan kecuaian, menggantikan mentol dan bateri adalah tidak dibenarkan; dan

 2-6 vi) sekiranya Alat Bantu Penglihatan Terhad perlu ditukar atas nasihat Pegawai Optometri atau Pakar Oftalmologi berdasarkan tahap keseriusan penyakit, permohonan perbelanjaan bagi menggantikan Alat Bantu Penglihatan Terhad adalah dibenarkan. Permohonan Perbelanjaan Untuk Pembekalan Alat Rawatan Jantung, Alat Bantu Pernafasan, Koklea Implan, Colostomy Bag, Urine Bag Dan Intraocular Lens 9. Syarat-syarat dan peraturan-peraturan tambahan bagi permohonan perbelanjaan untuk pembekalan alat rawatan jantung, alat bantu pernafasan, koklea implan, colostomy bag, urine bag dan intraocular lens adalah ditetapkan seperti berikut: i) permohonan perbelanjaan untuk pembekalan alat rawatan jantung, alat bantu pernafasan, koklea implan, colostomy bag, urine bag dan intraocular lens boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan tanpa sokongan/ perakuan BPP, KKM tertakluk kepada syarat bahawa permohonan tersebut hendaklah mematuhi peraturan sebagaimana yang ditetapkan di perenggan 2 di atas dan Ketua Jabatan tidak mempunyai sebarang kemusykilan berkaitan permohonan yang dipertimbangkan. Permohonan Perbelanjaan Untuk Pembekalan Alat-alat Lain 10. Syarat-syarat dan peraturan-peraturan tambahan bagi permohonan perbelanjaan untuk pembekalan alat selain dari alat ortopedik, anggota palsu, kerusi roda, alat bantu pendengaran, alat rawatan jantung, alat bantu pernafasan, koklea implan, colostomy bag, urine bag dan intraocular lens adalah ditetapkan seperti berikut: i) permohonan perbelanjaan untuk pembekalan alat selain dari alat ortopedik, anggota palsu, kerusi roda, alat bantu pendengaran, alat rawatan jantung, alat bantu pernafasan, koklea implan, colostomy bag, urine bag dan intraocular lens adalah tertakluk kepada pematuhan terhadap prinsip-prinsip berikut: a) alat/implan yang diperlukan sekiranya tidak digunakan boleh memudaratkan nyawa pesakit; atau b) alat yang diperlukan tidak mempunyai alternatif dalam rawatan penyakit atau kecederaan yang dialami. ii) perkara seperti di perenggan (a) atau (b) di atas hendaklah disahkan oleh pegawai/pakar perubatan Kerajaan;

 2-7 iii) permohonan perbelanjaan untuk pembekalan alat pakai buang adalah tidak dibenarkan; iv) permohonan perbelanjaan untuk pembekalan alat selain dari alat ortopedik, anggota palsu, kerusi roda, alat bantu pendengaran, alat rawatan jantung, alat bantu pernafasan, koklea implan, colostomy bag, urine bag dan intraocular lens yang berharga sehingga RM1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu) boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan tanpa sokongan/perakuan BPP, KKM tertakluk kepada syarat bahawa permohonan tersebut hendaklah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan Ketua Jabatan tidak mempunyai sebarang kemusykilan berkaitan permohonan yang dipertimbangkan; dan v) permohonan perbelanjaan untuk pembekalan alat selain dari alat ortopedik, anggota palsu, kerusi roda, alat bantu pendengaran, alat rawatan jantung, alat bantu pernafasan, koklea implan, colostomy bag, urine bag dan intraocular lens yang berharga melebihi daripada RM1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu) hendaklah dirujuk untuk sokongan/perakuan oleh BPP, KKM terlebih dahulu sebelum boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan. Tatacara Permohonan Perbelanjaan 11. Permohonan perbelanjaan bagi pembekalan alat yang diperolehi di hospital/ klinik/agensi swasta adalah dilaksanakan mengikut tatacara berikut: i) mendapat rawatan di hospital/klinik Kerajaan; dan ii) kemudahan perubatan yang diperlukan tidak dapat dibekal/disediakan oleh hospital/klinik Kerajaan; dan iii) perakuan keperluan kemudahan perubatan dan pengesahan oleh pegawai perubatan Kerajaan mengenai perkara di perenggan (ii) di atas; dan iv) permohonan dikemukakan menggunakan Borang Perubatan 1/09 seperti di Lampiran SR.2.1.1(J); dan v) permohonan diluluskan oleh Ketua Jabatan.

 3-1 LAMPIRAN SR.2.1.1(C) PANDUAN PERMOHONAN PERBELANJAAN BAGI PERKHIDMATAN PERUBATAN TUJUAN 1. Panduan ini bertujuan untuk melaksanakan peraturan permohonan perbelanjaan bagi perkhidmatan perubatan yang diperolehi oleh pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan serta ahli keluarga mereka yang berkelayakan. Syarat-syarat Dan Peraturan-peraturan Umum 2. Syarat-syarat dan peraturan-peraturan umum bagi permohonan perbelanjaan untuk perkhidmatan perubatan adalah ditetapkan seperti berikut: i) permohonan perbelanjaan bagi perkhidmatan perubatan Computed Tomography Scan (CT Scan) dan Magnetic Resonance Imaging (MRI) boleh dipertimbangkan dengan syarat pegawai/pakar perubatan Kerajaan memperakukan keperluan perkhidmatan perubatan tersebut dan mengesahkan bahawa ia tidak dapat dibekal/disediakan oleh hospital/ klinik Kerajaan; dan ii) permohonan perbelanjaan bagi perkhidmatan perubatan selain daripada CT Scan dan MRI hendaklah dikemukakan untuk sokongan/perakuan Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Tatacara Permohonan Perbelanjaan 3. Permohonan perbelanjaan bagi pembekalan perkhidmatan perubatan yang diperolehi di hospital/klinik/agensi swasta adalah dilaksanakan mengikut tatacara berikut: i) mendapat rawatan di hospital/klinik Kerajaan; dan ii) kemudahan perubatan yang diperlukan tidak dapat dibekal/disediakan oleh hospital/klinik Kerajaan; dan

 3-2 iii) perakuan keperluan kemudahan perubatan dan pengesahan oleh pegawai perubatan Kerajaan mengenai perkara di perenggan (ii) di atas; dan iv) permohonan dikemukakan menggunakan Borang Perubatan 1/09 seperti di Lampiran SR.2.1.1(J); dan v) permohonan diluluskan oleh Ketua Jabatan.

 4-1 LAMPIRAN SR.2.1.1(D) PANDUAN PERMOHONAN PERBELANJAAN BAGI RAWATAN PENYAKIT BUAH PINGGANG TUJUAN 1. Panduan ini bertujuan untuk melaksanakan peraturan permohonan perbelanjaan bagi rawatan penyakit buah pinggang yang diperolehi oleh pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan serta ahli keluarga mereka yang berkelayakan. Syarat-syarat Dan Peraturan-peraturan Umum 2. Syarat-syarat dan peraturan-peraturan umum bagi permohonan perbelanjaan untuk perkhidmatan perubatan adalah ditetapkan seperti berikut: i) permohonan perbelanjaan bagi rawatan hemodialisis dan Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) yang tidak dapat dibekal/ disediakan oleh hospital/klinik Kerajaan boleh dipertimbangkan tertakluk kepada syarat bahawa Pakar Nefrologi Kerajaan memperakukan keperluan rawatan berkenaan dan mengesahkan ia tidak dapat dibekal/disediakan oleh hospital/klinik Kerajaan; ii) permohonan perbelanjaan bagi rawatan hemodialisis yang tidak dapat dibekal/disediakan oleh hospital/klinik Kerajaan adalah terhad kepada perbelanjaan rawatan sahaja. Perbelanjaan yang dibenarkan adalah berdasarkan jumlah perbelanjaan sebenar, tertakluk kepada had maksimum sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus) bagi setiap sesi rawatan; iii) perbelanjaan bagi pembekalan ubat atau alat atau ujian lain yang berkaitan dengan rawatan penyakit buat pinggang adalah tertakluk kepada pematuhan terhadap tatacara sebagaimana yang ditetapkan di perenggan 3 di bawah serta panduan-panduan pelaksanaan yang berkaitan; iv) perbelanjaan yang telah dibuat di hospital/klinik swasta sebelum tarikh mendaftar dan disahkan menghidapi penyakit end stage renal failure oleh Pakar Nefrologi/pegawai perubatan di hospital/ klinik Kerajaan tidak boleh dipertimbangkan;

 4-2 v) perbelanjaan untuk pembekalan ubat dan alat pakai buang bagi rawatan CAPD boleh dipertimbangkan jika ia diperakukan tidak dapat dibekal/ disediakan oleh hospital/klinik Kerajaan; vi) perakuan dan pengesahan Pakar Nefrologi Kerajaan hanya perlu dikemukakan kepada Ketua Jabatan semasa permohonan kali pertama sahaja; dan vii) permohonan perbelanjaan bagi pembedahan Arterio-Venous Fistula (AVF) di hospital/klinik swasta boleh dipertimbangkan sekiranya Pakar Nefrologi Kerajaan merujuk pesakit supaya menjalani pembedahan tersebut di hospital/ klinik swasta berdasarkan faktor-faktor berikut: a) kelewatan menunggu giliran pembedahan AVF yang keterlaluan di hospital Kerajaan; atau b) pembedahan AVF pertama gagal; atau c) kemahiran pembedahan AVF di hospital/klinik swasta adalah lebih baik berbanding di hospital/klinik Kerajaan. Tatacara Permohonan Perbelanjaan 3. Permohonan perbelanjaan bagi pembekalan rawatan penyakit buah pinggang yang diperolehi di hospital/klinik/agensi swasta adalah dilaksanakan mengikut tatacara berikut: i) mendapat rawatan di hospital/klinik Kerajaan; dan ii) kemudahan perubatan yang diperlukan tidak dapat dibekal/disediakan oleh hospital/klinik Kerajaan; dan iii) perakuan keperluan kemudahan perubatan dan pengesahan oleh pegawai perubatan Kerajaan mengenai perkara di perenggan ii) di atas; dan iv) permohonan dikemukakan menggunakan Borang Perubatan 1/09 seperti di Lampiran SR.2.1.1(J); dan v) permohonan diluluskan oleh Ketua Jabatan.

 5-1 LAMPIRAN SR.2.1.1(E) PANDUAN PERMOHONAN PERBELANJAAN BAGI RAWATAN KEMANDULAN TUJUAN 1. Panduan ini bertujuan untuk melaksanakan peraturan permohonan perbelanjaan bagi rawatan kemandulan yang diperolehi oleh pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan serta ahli keluarga mereka yang berkelayakan. Syarat-syarat dan peraturan-peraturan umum 2. Syarat-syarat dan peraturan-peraturan bagi permohonan perbelanjaan untuk rawatan kemandulan adalah ditetapkan seperti berikut: i) permohonan perbelanjaan bagi rawatan kemandulan yang dibenarkan adalah rawatan yang bertujuan untuk mengatasi primary infertility sahaja, iaitu bagi pegawai/pasangan yang tidak pernah mengandung dan menghadapi kesukaran untuk mengandung; ii) permohonan perbelanjaan bagi rawatan kemandulan seperti berikut adalah tidak dibenarkan: a) rawatan untuk menjalani proses mengandung secara bukan semulajadi seperti proses In Vitro Fertilisation (IVF), Gamete IntraFallopian Transfer (GIFT), Intra Cytoplasmic Sperm Injection (ICSI) dan sebagainya; dan b) rawatan untuk mengatasi secondary infertility iaitu: (1) pegawai/pasangan sudah pun mempunyai anak tetapi gagal mendapat anak yang kedua atau seterusnya; dan (2) pegawai/pasangan pernah mengandung tetapi telah mengalami keguguran. dan

 5-2 iii) sebarang rawatan sampingan seperti hysterosasphingogram (HSG), X-ray atau pembedahan yang dijalankan di hospital/klinik swasta atas rujukan oleh pegawai/pakar perubatan hospital/klinik Kerajaan/Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) boleh dipertimbangkan tertakluk kepada syarat bahawa kemudahan perubatan tersebut disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia tidak dapat dibekal/disediakan oleh hospital/klinik Kerajaan. Tatacara Permohonan 3. Permohonan perbelanjaan bagi rawatan kemandulan adalah dilaksanakan mengikut tatacara berikut: i) mendapat rawatan di hospital/klinik Kerajaan atau klinik Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN); dan ii) rawatan primary infertility sahaja; dan iii) kemudahan perubatan yang diperlukan tidak dapat dibekal/disediakan oleh hospital/ klinik Kerajaan atau klinik LPPKN; dan iv) perakuan keperluan kemudahan perubatan dan pengesahan oleh pegawai/ pakar perubatan Kerajaan/LPPKN mengenai perkara di perenggan (ii) dan (iii) di atas; dan v) permohonan dikemukakan menggunakan Borang Perubatan 1/09 seperti di Lampiran SR2.1.1(J); dan vi) permohonan diluluskan oleh Ketua Jabatan.

 6-1 LAMPIRAN SR.2.1.1(F) PANDUAN PERMOHONAN PERBELANJAAN BAGI RAWATAN KEPAKARAN TUJUAN 1. Panduan ini bertujuan untuk melaksanakan peraturan permohonan perbelanjaan bagi rawatan kepakaran yang diperolehi oleh pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan serta ahli keluarga mereka yang berkelayakan. Syarat-syarat Dan Peraturan-peraturan Umum 2. Syarat-syarat dan peraturan-peraturan umum bagi permohonan perbelanjaan untuk rawatan kepakaran adalah ditetapkan seperti berikut: i) permohonan perbelanjaan bagi rawatan kepakaran di hospital swasta boleh dipertimbangkan tertakluk kepada syarat bahawa: a) keperluan rawatan kepakaran diperakukan oleh Pakar Perubatan Kerajaan; dan b) Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia mengesahkan rawatan kepakaran yang diperlukan tidak dapat dibekal/disediakan oleh hospital Kerajaan. ii) kos yang ditanggung oleh Kerajaan adalah seperti berikut: a) kos rawatan di hospital; b) bayaran makanan sebanyak 80% sekiranya ia dicaj secara berasingan daripada bayaran wad; c) bayaran wad sebanyak 80% sekiranya ia dicaj secara berasingan dengan bayaran makanan berdasarkan kelayakan seperti yang ditetapkan di Jadual 4 berikut:

6-2  Jadual 4: Kelayakan Wad Hospital Swasta Kumpulan Perkhidmatan Kelas Wad Hospital Swasta Pengurusan Tertinggi Kelas Satu Bilik Seorang (Bilik Biasa) Pengurusan dan Profesional Kelas Satu Bilik Dua Orang Sokongan Kelas Satu Bilik Empat Orang dan d) sekiranya bayaran makanan dan bayaran wad dicaj secara bersekali, kos yang akan ditanggung oleh Kerajaan bagi maksud bayaran makanan dan bayaran wad adalah sebanyak 80% daripada jumlah keseluruhan bayaran makanan dan bayaran wad tersebut; iii) kos yang ditanggung oleh pegawai/pesara adalah seperti berikut: a) bayaran wad yang melebihi daripada kelayakan seperti yang ditetapkan di Jadual 4 di atas; b) bayaran makanan sebanyak 20% sekiranya ia dicaj secara berasingan daripada bayaran wad; c) bayaran wad sebanyak 20% sekiranya ia dicaj secara berasingan dengan bayaran makanan berdasarkan kelayakan seperti yang ditetapkan di Jadual 4 di atas; d) sekiranya bayaran makanan dan bayaran wad dicaj secara bersekali, kos yang akan ditanggung oleh pegawai/pesara bagi maksud bayaran makanan dan bayaran wad adalah sebanyak 20% daripada jumlah keseluruhan bayaran makanan dan bayaran wad tersebut; dan e) bayaran-bayaran lain seperti bayaran makanan di luar daripada komponen caj wad yang biasa, telefon, dobi, caj katil kepada pengiring dan sebagainya. dan

6-3  iv) permohonan perbelanjaan bagi rawatan susulan di hospital swasta boleh dipertimbangkan tertakluk kepada syarat bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan rawatan tersebut tidak dapat dibekal/disediakan oleh hospital/klinik Kerajaan. Tatacara Permohonan Perbelanjaan 3. Permohonan perbelanjaan bagi pembekalan rawatan kepakaran yang diperolehi di hospital/klinik/agensi swasta adalah dilaksanakan mengikut tatacara berikut: i) mendapat rawatan di hospital/klinik Kerajaan; dan ii) rawatan kepakaran yang diperlukan tidak dapat dibekal/disediakan oleh hospital/klinik Kerajaan; dan iii) perakuan Pakar Perubatan hospital Kerajaan bahawa rawatan kepakaran diperlukan dan boleh diperolehi di dalam negeri; dan iv) perakuan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia mengenai perkara di perenggan (ii) dan (iii) di atas; dan v) permohonan dikemukakan menggunakan Borang Perubatan 1/09 seperti di Lampiran SR.2.1.1(J); dan vi) permohonan diluluskan oleh Ketua Jabatan.

7-1  LAMPIRAN SR.2.1.1(G) PANDUAN PERMOHONAN PERBELANJAAN BAGI RAWATAN DI INSTITUT JANTUNG NEGARA SDN. BHD. TUJUAN 1. Panduan ini bertujuan untuk melaksanakan peraturan permohonan perbelanjaan bagi Kemudahan Perubatan Di Institut Jantung Negara (IJN) yang diperolehi oleh pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan serta ahli keluarga mereka yang berkelayakan. Syarat-syarat Dan Peraturan-peraturan Umum 2. Syarat-syarat dan peraturan-peraturan bagi permohonan perbelanjaan untuk rawatan di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd. (IJNSB) adalah ditetapkan seperti berikut: i) permohonan perbelanjaan bagi rawatan di IJNSB boleh dipertimbangkan tertakluk kepada syarat bahawa pesakit telah mendapat rawatan di hospital/ klinik Kerajaan atau swasta; dan dirujuk oleh Pakar Perubatan Umum (Physician)/Pakar Kardiologi/Pakar Perubatan Kecemasan di hospital/ klinik Kerajaan atau swasta ke IJNSB; ii) bagi pegawai atau pesara atau ahli keluarga mereka yang berkelayakan yang mendapatkan rawatan di IJNSB dalam keadaan kecemasan, prosedur permohonan perbelanjaan bagi rawatan kecemasan hendaklah dipatuhi; dan iii) permohonan hendaklah mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Peraturan Perbelanjaan dan Bayaran Rawatan di IJNSB 3. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan peraturan permohonan perbelanjaan kemudahan perubatan seperti mana diperuntukkan dalam Ceraian SR.2.1.1.

7-2  4. Selaras hasrat mengutamakan kebajikan pegawai Perkhidmatan Awam, pelaksanaan berkaitan permohonan perbelanjaan kemudahan rawatan perubatan di IJNSB adalah seperti berikut: i) bagi pegawai/pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan, ibu bapa pegawai dan ahli keluarga yang berkelayakan, permohonan perbelanjaan kemudahan tersebut akan dipertimbangkan dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia; ii) bagi pegawai/pesara Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan, ibu bapa pegawai dan ahli keluarga yang berkelayakan, permohonan perbelanjaan kemudahan tersebut akan dipertimbangkan dan diluluskan oleh Ketua Jabatan masing-masing; iii) IJNSB hendaklah mengemukakan tuntutan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia atau Ketua Jabatan pegawai/pesara bagi perbelanjaan kemudahan rawatan perubatan di bawah tanggungan masing-masing; dan iv) penggunaan Borang Tuntutan 1/09 seperti di Lampiran SR.2.1.1(J) adalah tidak terpakai bagi kemudahan perubatan yang diperoleh di IJNSB sahaja. Tatacara Permohonan 5. Permohonan perbelanjaan bagi rawatan di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd. (IJNSB) adalah dilaksanakan mengikut tatacara berikut: i) mendapat rawatan di hospital/klinik Kerajaan atau swasta; dan ii) dirujuk oleh Pakar Perubatan Umum (Physician)/ Pakar Kardiologi/ Pakar Kecemasan di hospital/ klinik Kerajaan atau swasta untuk ke IJNSB; dan iii) permohonan hendaklah mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia; dan iv) permohonan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia atau Ketua Jabatan pegawai/pesara bagi perbelanjaan kemudahan rawatan perubatan di bawah tanggungan masing-masing.

8-1  LAMPIRAN SR.2.1.1(H) PANDUAN PERMOHONAN PERBELANJAAN BAGI RAWATAN KECEMASAN TUJUAN 1. Panduan ini bertujuan untuk melaksanakan peraturan permohonan perbelanjaan bagi rawatan kecemasan yang diperolehi oleh pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan serta ahli keluarga mereka yang berkelayakan. Syarat-syarat Dan Peraturan-peraturan Umum 2. Syarat-syarat dan peraturan-peraturan umum bagi permohonan perbelanjaan untuk rawatan kecemasan adalah ditetapkan seperti berikut: i) permohonan perbelanjaan bagi rawatan kecemasan di hospital/klinik swasta yang berhampiran dengan tempat kejadian kecemasan boleh dipertimbangkan tertakluk kepada syarat bahawa rawatan yang diperolehi adalah merupakan rawatan yang diperlukan secara serta-merta dan tidak boleh dilengahkan bagi menyelamatkan nyawa pesakit (life-threatening) dan status kecemasan berkenaan hendaklah disahkan oleh pakar perubatan hospital/klinik swasta yang merawat pesakit; ii) sekiranya jarak di antara tempat kejadian kecemasan dengan hospital/klinik swasta dan hospital/klinik Kerajaan adalah sama, pesakit hendaklah mendapatkan rawatan di hospital/klinik Kerajaan; iii) kos yang ditanggung oleh Kerajaan adalah seperti berikut: a) kos rawatan bagi tempoh kecemasan sehingga tempoh pesakit stabil dan boleh dipindahkan ke hospital/klinik Kerajaan; b) bayaran makanan sebanyak 80% sekiranya ia dicaj secara berasingan daripada bayaran wad; c) bayaran wad sebanyak 80% sekiranya ia dicaj secara berasingan dengan bayaran makanan berdasarkan kelayakan seperti yang ditetapkan di Jadual 5 berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy