Kemudahan Perubatan

9-1  LAMPIRAN SR.2.1.1(I) PANDUAN PERMOHONAN PERBELANJAAN BAGI RAWATAN DI LUAR NEGERI TUJUAN 1. Panduan ini bertujuan untuk melaksanakan peraturan permohonan perbelanjaan bagi rawatan di luar negeri yang diperolehi oleh pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan serta ahli keluarga mereka yang berkelayakan. Syarat-syarat Dan Peraturan-peraturan Umum 2. Syarat-syarat dan peraturan-peraturan umum bagi permohonan perbelanjaan untuk rawatan di luar negeri adalah ditetapkan seperti berikut: i) permohonan perbelanjaan bagi rawatan di luar negeri boleh dipertimbangkan tertakluk kepada pematuhan terhadap peruntukan Perintah Am 7 Bab F Tahun 1974 seperti berikut: a) pegawai atau pesara atau ahli keluarga mereka yang berkelayakan disahkan oleh sebuah Lembaga Perubatan sebagai memerlukan rawatan khas yang tidak dapat diperolehi di dalam negara; dan b) Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia memperakukan bahawa rawatan khas yang diperlukan oleh pesakit tiada pada Kerajaan; dan c) permohonan dipertimbangkan dan diluluskan oleh Jemaah Pegawai Bagi Rawatan Di Luar Negeri yang dianggotai oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sebagai Pengerusi serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Pengarah Kesihatan sebagai Ahli. ii) permohonan perbelanjaan bagi pengiring boleh dipertimbangkan tertakluk kepada syarat bahawa keperluan pengiring diperakukan oleh Lembaga Perubatan;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy