Kemudahan Perubatan

 28 CERAIAN SR.2.6.1 KEMUDAHAN PERUBATAN UNTUK IBU BAPA YANG SAH KEPADA PESARA PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk memaklumkan pelaksanaan pemanjangan kemudahan perubatan untuk ibu bapa yang sah dari segi undang-undang kepada pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan. LATAR BELAKANG 2. Kerajaan telah mengumumkan mengenai pemanjangan kemudahan perubatan untuk ibu dan bapa yang sah dari segi undang-undang kepada pesara Perkhidmatan Awan Persekutuan yang berpencen semasa ucapan Bajet 2018 pada 27 Oktober 2017. 3. Peraturan dan tatacara pelaksanaan kemudahan perubatan bagi ibu bapa pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berpencen adalah sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Perintah Am Bab F 1974 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009. Namun begitu, apabila seseorang pegawai tersebut telah bersara, ibu bapa mereka tidak lagi layak menerima kemudahan perubatan seperti sebelumnya. 4. Selaras dengan hasrat untuk mengurangkan beban kewangan dan menjaga kebajikan pesara, Kerajaan telah bersetuju supaya kemudahan perubatan bagi ibu bapa pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berpencen ditambah baik. 5. Berpandukan kepada hasrat yang sama, Kerajaan pada 14 Februari 2020 telah bersetuju untuk memanjangkan kemudahan rawatan perubatan kepada ibu bapa yang sah dari segi undang-undang bagi pesara skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Pemanjangan kemudahan rawatan perubatan ini hanya terpakai kepada ibu bapa pesara Skim KWSP yang bersara paksa sahaja dan tidak termasuk ibu bapa bekas pegawai Skim KWSP yang meletak jawatan atau meninggalkan jawatan atas kehendak sendiri.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy