Kemudahan Perubatan

9-2  iii) kos yang ditanggung oleh Kerajaan adalah seperti berikut: a) kos rawatan di hospital; b) kos sara hidup (makan dan sewa hotel/lojing) untuk tempoh tidak melebihi lima hari setelah sampai di negara berkenaan dan tidak melebihi lima hari sebelum kembali ke Malaysia bagi pesakit (dan pengiring, sekiranya diperakukan oleh Lembaga Perubatan); dan c) tambang kapal terbang kelas ekonomi bagi perjalanan pergi dan balik bagi pesakit (dan pengiring, sekiranya diperakukan oleh Lembaga Perubatan). iv) kos yang ditanggung oleh pegawai/pesara adalah seperti berikut: a) bayaran-bayaran lain seperti bayaran makanan di luar daripada komponen caj wad yang biasa, telefon, dobi, caj katil kepada pengiring dan sebagainya. dan v) kemudahan rawatan di luar negeri adalah tidak dibenarkan kepada ibu bapa pegawai. Tatacara Permohonan Perbelanjaan 3. Permohonan perbelanjaan bagi pembekalan rawatan di luar negeri adalah dilaksanakan mengikut tatacara berikut: i) mendapat rawatan di hospital Kerajaan; dan ii) rawatan khas diperlukan oleh pesakit dan ia tidak dapat diperolehi di dalam negeri; dan iii) pengesahan oleh Lembaga Perubatan mengenai perkara di perenggan (ii) di atas; dan iv) perakuan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia bahawa rawatan yang diperlukan oleh pesakit tiada pada Kerajaan; dan v) permohonan dikemukakan menggunakan Borang Perubatan 3/09 seperti di Lampiran SR.2.1.1(L) kepada Pengarah Bahagian Saraan, Jabatan Perkhidmatan Awam; dan vi) permohonan diluluskan oleh Jemaah Pegawai Bagi Rawatan Di Luar Negeri.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy