Kemudahan Perubatan

 31 SR.2.5.1 C. PERISYTIHARAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT 23. Bagi pegawai awam yang telah disahkan menghidap PTB, pegawai adalah digalakkan untuk mengisytiharkan PTB di Sistem HRMIS melalui ruangan Sejarah Perubatan di bawah Subfungsi Kesihatan, Fungsi Kemaskini Rekod Peribadi, Submodul Rekod Peribadi, Modul Pengurusan Rekod Peribadi. Ini bertujuan untuk memudahkan pemantauan oleh Ketua Jabatan dan urusan perkhidmatan pegawai. 24. Pegawai hendaklah mengisytiharkan perkara seperti berikut: (i) penyakit yang dihidapi; (ii) tahun disahkan menghidap penyakit tersebut; (iii) rawatan yang ditetapkan oleh pengamal perubatan berdaftar. Sekiranya pegawai tidak ditetapkan sebarang rawatan, pegawai hendaklah memilih opsyen tiada rawatan; (iv) tarikh mula rawatan; (v) tarikh tamat rawatan sekiranya rawatan telah diselesaikan; dan (vi) memuatnaik laporan pemeriksaan kesihatan yang berkaitan. 25. Pegawai boleh mengemaskini maklumat penyakit yang dihidapi pada bila-bila masa. Sekiranya pegawai telah disahkan sembuh daripada penyakit yang dihidapi, pegawai boleh merekodkan perkara tersebut di ruangan ‘Sebab Kemaskini’ dalam ruangan Sejarah Perubatan di bawah Subfungsi Kesihatan, Fungsi Kemaskini Rekod Peribadi, Submodul Rekod Peribadi, Modul Pengurusan Rekod Peribadi. D. PERTANYAAN 26. Sebarang pertanyaan mengenai Ceraian ini boleh dikemukakan kepada Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam. PEMBATALAN 27. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2003: Pemeriksaan Kesihatan Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam adalah dibatalkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy