Kemudahan Perubatan

 29 SR.2.6.1 PELAKSANAAN 6. Kemudahan perubatan kepada ibu bapa yang sah sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perintah Am Bab F Tahun 1974 dan SR.2.1.1 adalah dipanjangkan kepada ibu bapa pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan tertakluk kepada pematuhan syarat berikut: a. ibu bapa yang sah bererti ibu bapa kandung atau ibu tiri atau bapa tiri atau ibu bapa angkat yang pertalian kekeluargaan adalah sah di sisi undang- undang. Kemudahan ini dihadkan kepada seorang ibu yang sah dan seorang bapa yang sah sahaja pada satu-satu masa; b. ibu bapa yang sah yang merupakan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan boleh memilih untuk menggunakan kemudahan perubatan mengikut kelayakannya sebagai seorang pesara atau menggunakan kelayakannya sebagai ibu bapa pesara; c. JPA akan mengeluarkan suatu surat pengesahan seperti di Lampiran SR.2.6.1(A), atas permohonan pesara atau ibu bapa yang sah kepada pesara, untuk dikemukakan kepada hospital/klinik Kerajaan yang berkenaan semasa ibu bapa yang sah ingin mendapatkan kemudahan perubatan. Proses permohonan boleh dirujuk di Lampiran SR.2.6.1(B); d. Kelayakan kemudahan perubatan yang dibenarkan kepada ibu bapa pesara termasuk rawatan di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd. (IJNSB) adalah sama sebagaimana yang dibekalkan kepada ibu bapa pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan seperti yang tertakluk di bawah SR.2.1.1: Permohonan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan dan pindaan dari semasa ke semasa; e. Kelayakan wad bagi ibu bapa yang sah adalah ditentukan berdasarkan kelayakan yang ditetapkan kepada pesara; dan f. Kemudahan perubatan di bawah Ceraian ini tidak meliputi rawatan kepada ibu bapa yang sah seperti berikut: i. rawatan perubatan di luar negeri; ii. rawatan bagi tujuan pencegahan penyakit;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy