Kemudahan Perubatan

 18 CERAIAN SR.2.3.1 SURAT PENGESAHAN DIRI DAN PENGAKUAN PEGAWAI UNTUK MENDAPAT RAWATAN PERUBATAN DI HOSPITAL ATAU KLINIK KERAJAAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk memaklumkan keperluan mengemukakan Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai secara hard copy atau melalui aplikasi elektronik (contoh: aplikasi Human Resource Management Information System [HRMIS]) bagi pegawai Kerajaan untuk mendapat kemudahan perubatan di hospital atau klinik Kerajaan. LATAR BELAKANG 2. Perintah Am 25 Bab F telah menetapkan peraturan bahawa setiap pegawai yang dimasukkan ke hospital atau yang ingin mendapat rawatan di klinik Kerajaan dikehendaki mengemukakan surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai daripada Ketua Jabatannya yang mengesahkan butir-butir peribadi pegawai iaitu nama, jawatan dan gajinya berserta dengan satu pengakuan daripada pegawai tersebut membenarkan Ketua Jabatan memotong gajinya bagi menjelaskan apa-apa bayaran yang dikenakan oleh pihak hospital yang tidak ditanggung oleh Kerajaan. Surat yang sama juga dikehendaki apabila keluarga pegawai memerlukan rawatan di hospital atau klinik Kerajaan. 3. Ibu bapa yang sah adalah ibu bapa kandung atau ibu tiri atau bapa tiri atau ibu bapa angkat yang pertalian kekeluargaan adalah sah di sisi undang-undang. Untuk menentukan ibu bapa yang sah kepada pegawai, pegawai hendaklah secara rasmi memaklumkan Ketua Jabatannya nama dan nombor kad pengenalan seorang ibu dan seorang bapa yang sah untuk direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan pegawai. Sebarang perubahan terhadap maklumat tersebut hendaklah dimaklumkan secara rasmi semula kepada Ketua Jabatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy