Kemudahan Perubatan

 19 SR.2.3.1 PELAKSANAAN Tanggungjawab Ketua Jabatan 4. Ketua Jabatan hendaklah memastikan bahawa Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai seperti di Lampiran SR.2.3.1 dilengkapkan atau dikemas kini melalui aplikasi elektronik oleh setiap pegawai bagi dirinya atau ahli keluarganya yang ingin mendapat rawatan di hospital atauklinik Kerajaan atau yang dimasukkan ke wad hospital. Surat berkenaan hendaklah dilengkapkan dalam tiga (3) salinan. Salinan pertama hendaklah disimpan oleh pegawai sendiri untuk dikemukakan kepada hospital atau klinik berkenaan semasa pendaftaran untuk mendapatkan rawatan. Salinan kedua hendaklah diedarkan kepada pejabat/bahagian/unit yang menguruskan gaji pegawai berkenaan untuk memudahkan rujukan dibuat semasa membuat potongan gaji pegawai bagi menjelaskan apa-apa bayaran yang dikenakan oleh hospital atau klinik berkenaan. Salinan ketiga hendaklah disimpan untuk rekod di pejabat pegawai itu berkhidmat. PEMBATALAN 5. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1993: Pindaan kepada Surat Pengenalan dan Akuan bagi Pegawai Kerajaan Untuk Mendapat Rawatan Perubatan di Hospital atau Klinik Kerajaan (Perintah Am 25 Bab F) adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 6. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy