Kemudahan Perubatan

 2-2 vii) kelulusan bagi permohonan perbelanjaan untuk pembekalan/penggantian/ baik pulih alat yang berharga melebihi daripada RM1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu) hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan/fail pesara. Permohonan Perbelanjaan Untuk Pembekalan Alat Ortopedik 3. Syarat-syarat dan peraturan-peraturan umum bagi permohonan perbelanjaan untuk pembekalan semua jenis/kategori alat adalah ditetapkan seperti berikut: i) permohonan perbelanjaan untuk pembekalan alat ortopedik yang berharga sehingga RM10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu) boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan tanpa sokongan/perakuan BPP, KKM tertakluk kepada syarat bahawa permohonan tersebut hendaklah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan Ketua Jabatan tidak mempunyai sebarang kemusykilan berkaitan permohonan yang dipertimbangkan; dan ii) permohonan perbelanjaan untuk pembekalan alat ortopedik yang berharga melebihi daripada RM10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu) hendaklah dirujuk untuk sokongan/perakuan oleh BPP, KKM terlebih dahulu sebelum boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan. Permohonan Perbelanjaan Untuk Pembekalan Anggota Palsu 4. Syarat-syarat dan peraturan-peraturan umum bagi permohonan perbelanjaan untuk pembekalan anggota palsu adalah ditetapkan seperti berikut: i) permohonan perbelanjaan untuk pembekalan anggota palsu boleh dipertimbangkan oleh Ketua Jabatan tanpa mendapatkan perbandingan harga melalui surat sebut harga daripada Pusat Latihan Perindustrian Dan Pemulihan Orang Kurang Upaya, Bangi; ii) permohonan perbelanjaan untuk pembekalan anggota palsu adalah tertakluk kepada harga siling seperti yang ditetapkan di Jadual 1 berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy