Kemudahan Perubatan

 2-4 ii) permohonan perbelanjaan untuk pembekalan kerusi roda yang berharga sehingga harga siling yang ditetapkan di Jadual 2 boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan tanpa sokongan/perakuan BPP, KKM tertakluk kepada syarat bahawa permohonan tersebut hendaklah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan Ketua Jabatan tidak mempunyai sebarang kemusykilan berkaitan permohonan yang dipertimbangkan; dan iii) permohonan perbelanjaan untuk pembekalan kerusi roda yang berharga melebihi daripada harga siling yang ditetapkan di Jadual 2 hendaklah dirujuk untuk sokongan/perakuan BPP, KKM terlebih dahulu sebelum boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan. Permohonan Perbelanjaan Untuk Pembekalan Alat Bantu Pendengaran 6. Syarat-syarat dan peraturan-peraturan umum bagi permohonan perbelanjaan untuk pembekalan alat bantu pendengaran adalah ditetapkan seperti berikut: i) permohonan perbelanjaan untuk pembekalan alat bantu pendengaran yang berharga sehingga RM3,500.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu Lima Ratus) bagi setiap unit (per piece) boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan tanpa sokongan/perakuan BPP, KKM tertakluk kepada syarat bahawa permohonan tersebut hendaklah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan Ketua Jabatan tidak mempunyai sebarang kemusykilan berkaitan permohonan yang dipertimbangkan; ii) permohonan perbelanjaan untuk pembekalan alat bantu pendengaran yang berharga melebihi daripada RM3,500.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu Lima Ratus) bagi setiap unit (per piece) hendaklah dirujuk untuk sokongan/perakuan oleh BPP, KKM terlebih dahulu sebelum boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan; iii) bagi permohonan perbelanjaan untuk penggunaan alat bantu pendengaran kali pertama, harga siling bagi setiap unit (per piece) alat bantu pendengaran sebagaimana yang ditetapkan dalam perenggan (i) dan (ii) di atas adalah termasuk kos bagi acuan telinga dan bateri; iv) permohonan perbelanjaan bagi tujuan menggantikan bateri adalah tidak dibenarkan;dan v) Preskripsi alat bantu pendengaran oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) perlu disahkan oleh Pakar Otorinolaringologi (ORL) Kerajaan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy