Kemudahan Perubatan

 25 CERAIAN SR.2.5.1 PERISYTIHARAN REKOD KESIHATAN BAGI MEMBUDAYAKAN GAYA HIDUP SIHAT PEGAWAI AWAM TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menjelaskan berkenaan prosedur pemeriksaan kesihatan bagi pegawai awam dan perisytiharan rekod kesihatan melalui Sistem HRMIS dalam membudayakan gaya hidup sihat. TAFSIRAN 2. Bagi tujuan Ceraian ini: (i) “Ketua Jabatan” bermaksud pegawai yang mengetuai sesebuah organisasi sama ada di peringkat ibu pejabat, bahagian, negeri atau daerah; dan (ii) “pegawai” bermaksud semua pegawai yang sedang berkhidmat yang dilantik oleh Suruhanjaya secara tetap, sementara atau kontrak. LATAR BELAKANG 3. Kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia menyasarkan untuk menjadikan rakyat Malaysia sihat sejahtera melalui pembudayaan gaya hidup sihat dan pelestarian persekitaran yang menyokong hidup sihat. Peningkatan taraf kesihatan rakyat Malaysia boleh dilaksanakan melalui amalan seperti pemakanan yang seimbang, menjauhi rokok dan alkohol, pemupukan minda sihat, mengamalkan gaya hidup aktif serta menjaga kebersihan diri dan kebersihan persekitaran. Selain itu, pelaksanaan saringan kesihatan secara berkala adalah amat penting bagi membolehkan pengesanan awal terhadap risiko penyakit bagi mendapatkan rawatan optimum secepat mungkin. 4. Antara penyakit yang perlu ditangani di peringkat awal adalah Penyakit Tidak Berjangkit (PTB) yang merupakan antara penyumbang utama kepada punca kematian di Malaysia. Penghidap PTB mendapat penyakit ini secara perlahan-lahan susulan amalan gaya hidup tidak sihat. Sungguhpun begitu, penyakit ini boleh dicegah, namun ia sukar dikawal memandangkan kadar kesedaran kepada pentingnya gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia masih berada di tahap yang rendah.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy