Kemudahan Perubatan

 27 SR.2.5.1 10. Pelaksanaan SKK adalah digalakkan dibuat sekurang-kurangnya sekali setahun dan SKK seterusnya hendaklah dilaksanakan selewat-lewatnya setahun selepas SKK terakhir yang dibuat terdahulu. 11. Pegawai boleh melaksanakan SKK ini melalui kaedah dan syarat-syarat seperti berikut: (i) membuat pemeriksaan di fasiliti kesihatan Kerajaan atau swasta; (a) SKK dibuat secara pesakit luar dan pegawai tidak perlu mengambil cuti rehat bagi menjalani SKK ini, namun perlu mendapatkan slip kehadiran (time slip); (b) SKK ini tidak dikenakan sebarang bayaran jika dilaksanakan di fasiliti kesihatan Kerajaan seperti klinik kesihatan, klinik komuniti, klinik kesihatan ibu dan anak serta klinik desa; dan (c) sekiranya berkemampuan, pegawai boleh menjalani SKK di premis kesihatan swasta atas tanggungan pegawai sendiri; (ii) menggunakan peralatan pemeriksaan kesihatan yang disediakan oleh Kementerian/Jabatan; (a) Kementerian/Jabatan boleh membuat pembelian peralatan pemeriksaan kesihatan dengan menggunakan peruntukan sedia ada berdasarkan peraturan sedia ada tertakluk kepada kelulusan khas Kementerian Kewangan; (b) khidmat nasihat berkaitan spesifikasi peralatan pemeriksaan kesihatan, kaedah pengendalian dan pelaksanaan SKK boleh dirujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM); (c) Kementerian/Jabatan boleh melantik sekumpulan pegawai bagi menguruskan peralatan pemeriksaan kesihatan serta memohon khidmat nasihat dan latihan daripada pihak KKM bagi memastikan pengendalian dan pelaksanaan SKK yang teratur dan selamat; dan (d) pengurusan pelaksanaan SKK hendaklah tidak melibatkan pertambahan perjawatan;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy