Kemudahan Perubatan

 26 SR.2.5.1 5. Selaras dengan itu, sebagai usaha Kerajaan untuk meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya gaya hidup sihat kepada rakyat, pegawai awam boleh memainkan peranan sebagai agen perubahan dengan melaksanakan saringan kesihatan secara berkala agar menjadi suri teladan (role model) kepada masyarakat. 6. Ceraian ini memberi panduan kepada semua pegawai awam untuk menjelaskan pelaksanaan saringan kesihatan berdasarkan kategori tertentu. Hasil saringan kesihatan yang dilaksanakan itu perlu direkodkan melalui Sistem HRMIS bagi membolehkan status kesihatan pegawai awam dipantau oleh pegawai sendiri dan Ketua Jabatan secara berterusan sebagai tindakan pencegahan untuk mengurangkan risiko pegawai awam menghidap penyakit. 7. Pelaksanaan inisiatif ini juga adalah selaras dengan subperaturan 20(8) PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A) 1/2012] yang memperuntukkan Ketua Jabatan boleh mengarahkan pegawai yang sedang berkhidmat untuk mengemukakan maklumat kesihatan yang disahkan oleh pengamal perubatan berdaftar apabila Ketua Jabatan berpandangan terdapat keperluan perkhidmatan. PELAKSANAAN A. PERISYTIHARAN SARINGAN KESIHATAN KENDIRI 8. Semua pegawai awam, selain yang telah disahkan menghidap PTB adalah digalakkan untuk melaksanakan Saringan Kesihatan Kendiri (SKK). Ini adalah bagi membolehkan pengesanan awal tahap kesihatan pegawai awam dipantau pada setiap masa oleh pegawai sendiri dan Ketua Jabatan secara berkala. 9. SKK adalah merujuk kepada pemeriksaan asas kesihatan dan hendaklah meliputi elemen seperti berikut: (i) indeks jisim badan (body mass index – BMI); (ii) bacaan gula dalam darah (glukosa); (iii) bacaan kolesterol dalam darah; dan (iv) bacaan tekanan darah.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy