Kemudahan Perubatan

 29 SR.2.5.1 Syarat-Syarat PKK 17. Pemberian kemudahan PKK mengikut Ceraian ini tertakluk kepada syarat-syarat berikut: (i) kemudahan ini diberi kepada pegawai yang telah berumur 40 tahun dan ke atas sahaja; (ii) pemeriksaan kesihatan ini tidak diwajibkan tetapi sangat digalakkan; (iii) pemeriksaan dibuat secara pesakit luar; (iv) pegawai yang telah dan sedang menjalani rawatan perubatan atau pemeriksaan kesihatan dalam program rawatan tertentu contohnya pesakit PTB atau barah tidak perlu menggunakan kemudahan ini; (v) pegawai tidak perlu mengambil cuti rehat bagi menjalani pemeriksaan ini; (vi) pemeriksaan ini tidak dikenakan sebarang bayaran; (vii) pegawai tidak dibenarkan menuntut apa-apa elaun dan kemudahan bagi tujuan pemeriksaan ini; dan (viii) pegawai perlu mendapatkan slip pengesahan kehadiran pemeriksaan kesihatan untuk dikemukakan kepada Ketua Jabatan. Prosedur PKK 18. Pegawai yang ingin menjalani pemeriksaan kesihatan dikehendaki mengemukakan permohonan kepada Ketua Jabatan masing-masing dengan menggunakan borang seperti di Lampiran SR.2.5.1. Borang permohonan disediakan dalam dua (2) salinan; satu (1) daripadanya diedarkan oleh Ketua Jabatan kepada hospital atau klinik yang berhampiran dengan tempat pegawai bertugas dan yang satu (1) lagi disimpan dalam fail peribadi pegawai. Ketua Jabatan hendaklah berunding dengan pihak pengurusan hospital atau klinik kesihatan yang berkenaan bagi menentukan kaedah yang sesuai untuk melaksanakan program ini. Ketua Jabatan bertanggungjawab menyimpan maklumat pegawai yang telah menjalani PKK bagi tujuan pemantauan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy