Kemudahan Perubatan

 17 SR.2.2.1 Kumpulan/ Gred Kelayakan wad Pengurusan Tertinggi Kelas 1 Bilik Seorang 45 – 56 31 – 44 Kelas 1 Bilik Berdua 21 – 30 Kelas 1 Bilik Bertiga 1 – 20 Kelas 2 6. Kelayakan wad untuk ahli keluarga dan ibu bapa yang sah adalah berdasarkan kelayakan yang ditetapkan kepada pegawai. 7. Kelayakan wad untuk pesara dan ahli keluarga adalah berdasarkan gred hakiki terakhir pegawai sebelum bersara. 8. Jika pegawai atau pesara Perkhidmatan Awam atau ahli keluarga atau ibu bapa yang sah meminta untuk dimasukkan ke dalam wad yang lebih tinggi dari kelayakannya, maka pegawai atau pesara berkenaan akan dikehendaki membayar bayaran wad mengikut kadar yang dikenakan kepada orang awam. Pegawai dan pesara juga dikehendaki membayar deposit sebelum dimasukkan ke wad yang lebih tinggi mengikut kadar yang ditetapkan. PEMBATALAN 9. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2010: Pemansuhan Bayaran Wad kepada Pegawai dan Pesara Perkhidmatan Awam adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 10. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy