Kemudahan Perubatan

 20 CERAIAN SR.2.4.1 KEMUDAHAN PERLINDUNGAN INSURANS PERJALANAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM KE LUAR NEGARA ATAS URUSAN PERSENDIRIAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menjelaskan pelaksanaan kemudahan perlindungan insurans perjalanan kepada pegawai Perkhidmatan Awam untuk ke luar negara atas urusan persendirian. LATAR BELAKANG 2. Selaras dengan hasrat mengutamakan kebajikan pegawai Perkhidmatan Awam, Kerajaan telah melaksanakan kemudahan perlindungan insurans perjalanan bagi pegawai Perkhidmatan Awam untuk ke luar negara/negara ketiga atas urusan persendirian dengan premium insurans ditanggung oleh Kerajaan. Kemudahan ini diperuntukkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2015. PELAKSANAAN Tafsiran 3. Dalam Ceraian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain: i) “negara ketiga” bermaksud negara selain daripada negara di mana pegawai ditempatkan berkhidmat termasuk Malaysia; ii) “pegawai” bermaksud pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan; iii) “perlindungan insurans perjalanan” bermaksud produk insurans atau produk takaful yang dibeli bagi melindungi perjalanan pegawai meliputi perbelanjaan perubatan, hospital dan rawatan di luar negara/negara ketiga; dan iv) “premium” bermaksud amaun yang kena dibayar oleh pegawai kepada penanggung insurans/pengendali takaful di bawah suatu polisi perlindungan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy