Kemudahan Perubatan

9  SR.2.1.1 Kelayakan 4. Kemudahan perubatan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perintah Am Bab F Tahun 1974 dan Ceraian ini secara keseluruhannya adalah layak diberikan kepada: i) pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan lantikan tetap, kontrak (merujuk kepada pegawai lantikan secara contract of service di bawah Ceraian UP.1.1.1 dan pindaannya dari semasa ke semasa) dan sementara; ii) pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah Skim Pencen dan pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara atas sebab-sebab berikut: (a) bersara apabila mencapai opsyen umur bersara; (b) atas sebab kesihatan; (c) apabila jawatan yang dipegangnya dihapuskan; (d) bagi maksud supaya organisasi jabatan di mana pegawai itu bekerja mudah diperbaiki; (e) atas alasan bahawa pegawai ditamatkan atas sebab kepentingan awam; atau (f) mati dalam perkhidmatan. iii) ahli keluarga seperti mengikut peruntukan Perintah Am 1 (iii) Bab F (Perubatan) Tahun 1974 bagi pegawai dan pesara sebagaimana yang dijelaskan dalam perenggan (i) dan (ii) di atas. 5. Kemudahan perubatan ini adalah dibenarkan kepada ibu bapa yang sah kepada pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan, tertakluk kepada pematuhan terhadap syarat-syarat dan peraturan-peraturan seperti berikut: i) pemberian kemudahan perubatan yang dibenarkan adalah terhad kepada ibu bapa yang sah bagi pegawai yang tertakluk di bawah Sistem Saraan Baru dan Sistem Saraan Malaysia sahaja;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy