Kemudahan Perubatan

8  SR.2.1.1 iii) “keluarga pegawai” adalah merujuk kepada tafsiran sebagaimana yang ditetapkan dalam Perintah Am 1 (iii) Bab F Tahun 1974 seperti berikut: “bagi pegawai lelaki, isteri dan anak-anaknya; dan bagi pegawai perempuan, suami dan anak-anaknya. Di mana ada disebutkan mengenai rawatan percuma yang boleh diberi kepada keluarga seseorang pegawai, maka anak-anak yang berkelayakan ialah anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai yang berumur di bawah 18 tahun; atau sekiranya masih bersekolah, di bawah umur 21 tahun. Walau bagaimanapun bagi anak-anak yang daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani, had-had umur ini tidak akan dipakai. Istilah ‘anak’ akan termasuk juga anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diambil mengikut undang-undang. Untuk tujuan pemberian rawatan percuma ini, balu seseorang pegawai juga akan dianggap sebagai keluarga pegawai selagi ia tidak berkahwin semula.” iv) “Ketua Jabatan” bermakna seseorang yang mengetuai sesuatu jabatan atau Ketua Perkhidmatan, mengikut mana-mana yang berkenaan. Bagi maksud untuk melaksanakan pemberian kemudahan perubatan yang diperuntukkan di bawah Perintah Am Bab F Tahun 1974 dan Ceraian ini, Ketua Jabatan untuk pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan ialah Pengarah Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam; v) “pegawai” adalah merujuk kepada tafsiran sebagaimana yang ditetapkan dalam Perintah Am 1 (vi) Bab F Tahun 1974 seperti berikut: “mana-mana pegawai atau pesara dalam perkhidmatan Kerajaan Malaysia atau mana-mana Negeri”.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy