Kemudahan Perubatan

 30 SR.2.5.1 Elemen PKK 19. Pemeriksaan yang akan dijalankan adalah seperti berikut: (i) pemeriksaan fizikal; (ii) ujian makmal (glukosa, darah dan kolesterol); (iii) pemeriksaan pergigian; dan (iv) pemeriksaan lain yang ditentukan oleh pegawai perubatan yang memeriksa (jika perlu). 20. Hasil pemeriksaan akan diberitahu kepada pegawai dan pegawai akan dimaklumkan sama ada perlu menjalani pemeriksaan lanjutan serta tarikh pemeriksaan berikutnya. Laporan PKK 21. Laporan PKK yang telah disahkan oleh pengamal perubatan berdaftar boleh dimuat naik oleh pegawai di Sistem HRMIS melalui ruangan Laporan Pemeriksaan Kesihatan di bawah Subfungsi Kesihatan, Fungsi Kemaskini Rekod Peribadi, Submodul Rekod Peribadi, Modul Pengurusan Rekod Peribadi. Lokasi PKK 22. PKK boleh dibuat di lokasi berikut: (i) Klinik Kesihatan Kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia; (ii) Hospital Angkatan Tentera Malaysia di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia; dan (iii) Hospital Pengajar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy