Kemudahan Perubatan

 14 CERAIAN SR.2.1.2 PENANGGUNGAN KOS KEMUDAHAN PERUBATAN BAGI PEGAWAI DAN PESARA YANG BERKHIDMAT DI BAWAH PERKHIDMATAN AWAM NEGERI, BADAN BERKANUN DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai penanggungan kos kemudahan perubatan bagi pegawai dan pesara yang berkhidmat di bawah Perkhidmatan Awam Negeri, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. LATAR BELAKANG 2. Kemudahan perubatan percuma di hospital Kerajaan adalah layak diberikan kepada pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan serta ahli keluarga yang berkelayakan seperti mana yang telah diperuntukkan oleh Perintah Am Bab F Tahun 1974 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009 (PP 21/2009). PP 21/2009 ini juga adalah dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan tertakluk kepada penerimaan pakai oleh pihak berkuasa masing-masing dan selaras dengan penerimaan pakai oleh pihak berkuasa tersebut maka kos yang terlibat juga adalah ditanggung sendiri oleh agensi terlibat. PELAKSANAAN 3. Penanggungan kos perbelanjaan kemudahan perubatan oleh agensi Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan bukanlah merupakan dasar baharu tetapi merupakan dasar sedia ada yang telah lama wujud. Oleh yang demikian, selari dengan peraturan yang berkuat kuasa, mana-mana Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah bersetuju untuk menerima pakai dasar kemudahan perubatan seperti yang dilaksanakan untuk pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan, adalah tertakluk kepada tatacara kewangan termasuklah bayaran bagi kemudahan tersebut di mana kosnya hendaklah ditanggung oleh agensi masing-masing yang mana:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy