Kemudahan Perubatan

7-1  LAMPIRAN SR.2.1.1(G) PANDUAN PERMOHONAN PERBELANJAAN BAGI RAWATAN DI INSTITUT JANTUNG NEGARA SDN. BHD. TUJUAN 1. Panduan ini bertujuan untuk melaksanakan peraturan permohonan perbelanjaan bagi Kemudahan Perubatan Di Institut Jantung Negara (IJN) yang diperolehi oleh pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan serta ahli keluarga mereka yang berkelayakan. Syarat-syarat Dan Peraturan-peraturan Umum 2. Syarat-syarat dan peraturan-peraturan bagi permohonan perbelanjaan untuk rawatan di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd. (IJNSB) adalah ditetapkan seperti berikut: i) permohonan perbelanjaan bagi rawatan di IJNSB boleh dipertimbangkan tertakluk kepada syarat bahawa pesakit telah mendapat rawatan di hospital/ klinik Kerajaan atau swasta; dan dirujuk oleh Pakar Perubatan Umum (Physician)/Pakar Kardiologi/Pakar Perubatan Kecemasan di hospital/ klinik Kerajaan atau swasta ke IJNSB; ii) bagi pegawai atau pesara atau ahli keluarga mereka yang berkelayakan yang mendapatkan rawatan di IJNSB dalam keadaan kecemasan, prosedur permohonan perbelanjaan bagi rawatan kecemasan hendaklah dipatuhi; dan iii) permohonan hendaklah mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Peraturan Perbelanjaan dan Bayaran Rawatan di IJNSB 3. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan peraturan permohonan perbelanjaan kemudahan perubatan seperti mana diperuntukkan dalam Ceraian SR.2.1.1.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy