Kemudahan Perubatan

 16 CERAIAN SR.2.2.1 PEMANSUHAN BAYARAN WAD KEPADA PEGAWAI DAN PESARA PERKHIDMATAN AWAM TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk memaklumkan pemansuhan bayaran wad yang dikenakan kepada pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam apabila mendapatkan rawatan di hospital Kerajaan. LATAR BELAKANG 2. Peraturan semasa menetapkan bahawa pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam, ahli keluarga dan ibu bapa yang sah yang dimasukkan ke hospital Kerajaan untuk mendapatkan rawatan akan dikehendaki membayar bayaran wad mengikut kadar yang ditetapkan. 3. Tafsiran “pegawai”, “keluarga pegawai” dan “ibu bapa yang sah” adalah merujuk kepada tafsiran dalam Ceraian SR 2.1.1 atau pindaan dari semasa ke semasa. PELAKSANAAN 4. Kerajaan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2010 telah memutuskan bahawa bayaran wad yang dikenakan kepada pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam, ahli keluarga dan ibu bapa yang sah semasa mendapatkan rawatan di hospital Kerajaan dimansuhkan. 5. Pemansuhan bayaran wad ini tidak menjejaskan kelayakan wad yang ditetapkan kepada pegawai. Kelayakan wad adalah berdasarkan gred pegawai seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah, tertakluk kepada fasiliti yang disediakan oleh pihak hospital:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy