Kemudahan Perubatan

 4-1 LAMPIRAN SR.2.1.1(D) PANDUAN PERMOHONAN PERBELANJAAN BAGI RAWATAN PENYAKIT BUAH PINGGANG TUJUAN 1. Panduan ini bertujuan untuk melaksanakan peraturan permohonan perbelanjaan bagi rawatan penyakit buah pinggang yang diperolehi oleh pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan serta ahli keluarga mereka yang berkelayakan. Syarat-syarat Dan Peraturan-peraturan Umum 2. Syarat-syarat dan peraturan-peraturan umum bagi permohonan perbelanjaan untuk perkhidmatan perubatan adalah ditetapkan seperti berikut: i) permohonan perbelanjaan bagi rawatan hemodialisis dan Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) yang tidak dapat dibekal/ disediakan oleh hospital/klinik Kerajaan boleh dipertimbangkan tertakluk kepada syarat bahawa Pakar Nefrologi Kerajaan memperakukan keperluan rawatan berkenaan dan mengesahkan ia tidak dapat dibekal/disediakan oleh hospital/klinik Kerajaan; ii) permohonan perbelanjaan bagi rawatan hemodialisis yang tidak dapat dibekal/disediakan oleh hospital/klinik Kerajaan adalah terhad kepada perbelanjaan rawatan sahaja. Perbelanjaan yang dibenarkan adalah berdasarkan jumlah perbelanjaan sebenar, tertakluk kepada had maksimum sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus) bagi setiap sesi rawatan; iii) perbelanjaan bagi pembekalan ubat atau alat atau ujian lain yang berkaitan dengan rawatan penyakit buat pinggang adalah tertakluk kepada pematuhan terhadap tatacara sebagaimana yang ditetapkan di perenggan 3 di bawah serta panduan-panduan pelaksanaan yang berkaitan; iv) perbelanjaan yang telah dibuat di hospital/klinik swasta sebelum tarikh mendaftar dan disahkan menghidapi penyakit end stage renal failure oleh Pakar Nefrologi/pegawai perubatan di hospital/ klinik Kerajaan tidak boleh dipertimbangkan;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy