Kemudahan Perubatan

 15 SR.2.1.2 (i) Kementerian Kewangan Malaysia bersetuju agar kos kemudahan perubatan kepada pegawai/pesara yang berkhidmat di bawah Perkhidmatan Awam Negeri, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi-agensi lain adalah ditanggung oleh agensi masing-masing selagi tidak bercanggah dengan Perintah Am serta peraturan/pekeliling yang berkuat kuasa semasa; (ii) Ketua Setiausaha Perbendaharaan akan memberi pengecualian bagi kes-kes pengecualian mana-mana kelas atau kumpulan orang-orang dari membayar semua atau mana-mana bahagian daripada caj-caj yang dikenakan di bawah Perintah Fi (Perubatan) 1982 Seksyen 16 (13) yang melibatkan Warganegara Malaysia. Bagi urusan untuk warga asing, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Seksyen 15, Perintah Fi (Perubatan) (Kos Perkhidmatan) 2014 telah diberi kuasa bagi peremitan caj rawatan di hospital Kerajaan; dan (iii) Kementerian Kewangan Malaysia akan mempertimbangkan peruntukan perubatan bagi Badan Berkanun Persekutuan (BBP) yang masih menerima geran mengurus tertakluk kepada kedudukan kewangan BBP berkenaan semasa sesi libat urus belanjawan mulai tahun 2020. PEMBATALAN 4. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Surat Edaran JPA.SARAAN(S)223/9/1(5) bertarikh 26 April 2019: Penjelasan Mengenai Penanggungan Kos Kemudahan Perubatan Bagi Pegawai Dan Pesara Yang Berkhidmat Di Bawah Perkhidmatan Awam Negeri, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 5. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy