Waktu Bekerja

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA WAKTU BEKERJA VERSI 1.0 (2022) JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA Diedarkan kepada: Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan

i KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT TUJUAN 1 LATAR BELAKANG 1 PELAKSANAAN 2 TARIKH BERKUAT KUASA 3 PEMBATALAN 3 PEMAKAIAN 3 LAMPIRAN I Senarai Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Edaran Yang Dibatalkan 1-1 Pengaturan Kerja Fleksibel CERAIAN SR.4.1.1 Pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) Di Agensi Kerajaan Persekutuan 4 Lampiran SR.4.1.1 (A) Borang Pemilihan Tempoh Waktu Rehat Bagi Bulan Ramadan 1-1 Lampiran SR.4.1.1 (B) Soalan Lazim (FAQ) Pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) Di Agensi Kerajaan Persekutuan 2-1 CERAIAN SR.4.1.2 Dasar Bekerja Dari Rumah 14 Lampiran SR.4.1.2 Garis Panduan Pelaksanaan Bekerja Dari Rumah 1-1 Kebenaran Atau Pelepasan Meninggalkan Pejabat Pada Waktu Bekerja CERAIAN SR.4.2.1 Pelaksanaan Kebenaran Pulang Awal Satu Jam Kepada Pegawai Wanita Mengandung 14 Lampiran SR.4.2.1 Borang Kebenaran Pulang Awal Satu Jam Kepada Pegawai Wanita Mengandung Dan Suami Yang Bekerja Di Lokasi Berdekatan 1-1

ii PERKARA MUKA SURAT CERAIAN SR.4.2.2 Peraturan Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja Di BawahPerintah Am 5 Bab G - Mematuhi Waktu Bekerja 18 Lampiran SR.4.2.2 (A) Garis Panduan Mengenai Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja Di Bawah Perintah Am 5 Bab G - Mematuhi Waktu Bekerja 1-1 Lembaran SR.4.2.2 (A) Borang Permohonan Kebenaran Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja 2-1 CERAIAN SR.4.2.3 Pemberian Pelepasan Seperti Bertugas Rasmi Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Dilantik Sebagai Petugas Lembaga Tabung Haji Di Tanah Suci Semasa Musim Haji 20 Lampiran SR.4.2.3 Senarai Elaun/Bayaran Insentif Yang Layak Dibayar Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Dilantik Sebagai Petugas Lembaga Tabung Haji Di Tanah Suci Semasa Musim Haji 1-1 CERAIAN SR.4.2.4 Pelepasan Waktu Bekerja Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Menderma Darah 22 CERAIAN SR.4.2.5 Pelepasan Waktu Bekerja Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Menjalankan Tugas Rondaan Di Bawah Skim Rondaan Sukarela Kawasan Rukun Tetangga 24 Lampiran SR.4.2.5 Borang Pelepasan Waktu Bekerja Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Menjalankan Tugas Rondaan Di Bawah Skim Rondaan Sukarela Kawasan Rukun Tetangga 1-1 CERAIAN SR.4.2.6 Pelepasan Waktu Bekerja Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Mempunyai Anak- Anak Kurang Upaya 26 CERAIAN SR.4.2.7 Peraturan Memberikan Kebenaran Tidak Hadir Kerja Atas Sebab-Musabab Kecemasan Am 28

iii PERKARA MUKA SURAT Lampiran SR.4.2.7 Perakuan Tidak Hadir Ke Pejabat Atas Sebab-Sebab Kecemasan Am 1-1 Jejak Dokumen: Bil. Ceraian (Tarikh Kemaskini /Batal) Asal Pindaan 1. SR.4.1.2 (10 Mac 2022) Tiada Pindaan 1: Lampiran SR.4.1.2: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN BEKERJA DARI RUMAH Tujuan BDR Tambahan pernyataan berikut: Dalam melaksanakan arahan BDR bagi tujuan seperti yang dinyatakan di perenggan 3(c), Kerajaan telah bersetuju supaya Ketua Jabatan adalah diwajibkan untuk membenarkan /mengarahkan BDR kepada pegawai yang kematian suami atau isteri sebaik sahaja tempoh tiga (3) hari Cuti Tanpa Rekod (CTR) sebagaimana yang diperuntukkan dalam Ceraian SR.5.2.1 telah digunakan. Tempoh pemberian BDR ini hendaklah yang bersesuaian dan tidak melebihi tempoh dua (2) minggu termasuk Hari Kelepasan Mingguan, Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am tertakluk pertimbangan Ketua Jabatan. (Rujuk Surat Edaran JPA.SARAAN(S)256/6/31JLD. 10(30) bertarikh 10 Mac 2022)

1  KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM DIRECTOR-GENERAL OF PUBLIC SERVICE Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Public Service Department, Malaysia Aras 13, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 W.P. PUTRAJAYA MALAYSIA Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan PEKELILING PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA WAKTU BEKERJA VERSI 1.0 (2022) TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai pelaksanaan waktu bekerja bagi pegawai Perkhidmatan Awam yang meliputi Waktu Bekerja Fleksi (WBF) dan pelepasan dalam waktu bekerja. LATAR BELAKANG 2. Waktu bekerja bagi pegawai Perkhidmatan Awam adalah seperti mana diperuntukkan di bawah Perintah Am Bab G Tahun 1974 (Waktu Bekerja dan Lebih Masa) Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Edaran. 3. Walau bagaimanapun, sejajar dengan perkembangan semasa dan untuk mengimbangi keperluan kerjaya dan kehidupan, beberapa penambahbaikan mengenai waktu bekerja pejabat dan kebenaran meninggalkan pejabat dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam sejajar dengan Perintah Am Bab G. Antaranya dengan memperkenalkan pengaturan waktu kerja fleksibel dan pelepasan waktu bekerja kepada Pegawai Perkhidmatan Awam.

2  PELAKSANAAN 4. Peraturan mengenai pengaturan kerja fleksibel serta pelepasan waktu bekerja diperincikan melalui dua (2) perkara seperti berikut: KOD CERAIAN TEMA SR.4.1 Pengaturan Kerja Fleksibel Ceraian SR.4.1.1 Pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) Di Agensi Kerajaan Persekutuan Ceraian SR.4.1.2 Dasar Bekerja Dari Rumah SR.4.2 Kebenaran Atau Pelepasan Meninggalkan Pejabat Pada Waktu Bekerja Ceraian SR.4.2.1 Pelaksanaan Kebenaran Pulang Awal Satu Jam Kepada Pegawai Wanita Mengandung Ceraian SR.4.2.2 Peraturan Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja Di Bawah Perintah Am 5 Bab G - Mematuhi Waktu Bekerja Ceraian SR.4.2.3 Pemberian Pelepasan Seperti Bertugas Rasmi Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Dilantik Sebagai Petugas Lembaga Tabung Haji Di Tanah Suci Semasa Musim Haji Ceraian SR.4.2.4 Pelepasan Waktu Bekerja Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Menderma Darah Ceraian SR.4.2.5 Pelepasan Waktu Bekerja Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Menjalankan Tugas Rondaan Di Bawah Skim Rondaan Sukarela Kawasan Rukun Tetangga Ceraian SR.4.2.6 Pelepasan Waktu Bekerja Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Mempunyai Anak- Anak Kurang Upaya Ceraian SR.4.2.7 Peraturan Memberikan Kebenaran Tidak Hadir Bekerja Atas Sebab Kecemasan Am

3  TARIKH BERKUAT KUASA 5. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022. PEMBATALAN 6. Dengan berkuatkuasanya PPSM ini, Pekeliling Perkhidmatan (PP), Surat Pekeliling Perkhidmatan (SPP) dan Surat Edaran (SE) seperti di Lampiran I adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 7. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, PPSM ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

1-1  LAMPIRAN I Senarai Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Edaran Yang Dibatalkan Bil. Tema PP/SPP/Surat Edaran Yang Dibatalkan 1. Pengaturan Kerja Fleksibel (i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2020: Dasar Bekerja dari Rumah; (ii) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2019: Pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) Di Agensi Kerajaan Persekutuan; (iii) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1982: Waktu Makan/Rehat Tengah hari pada Hari Jumaat di Negeri-Negeri di Mana Hari Jumaat Bukan Cuti Mingguan; dan (iv) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 20 Tahun 1972: Waktu Bekerja Dalam Bulan Puasa. 2. Kebenaran Atau Pelepasan Meninggalkan Pejabat Pada Waktu Bekerja (i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2017: Pelaksanaan Kebenaran Pulang Awal Satu Jam Kepada Pegawai Wanita Mengandung; (ii) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 23 Tahun 2008: Pelepasan Waktu Bekerja Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Menjalankan Tugas Rondaan Di Bawah Skim Rondaan Sukarela Kawasan Rukun Tetangga; (iii) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1986: Peraturan Memberikan Kebenaran Tidak Hadir Kerja Atas Sebab-Musabab Kecemasan Am; (iv) Surat Edaran JPA(SARAAN)(S)1619 Klt.16 (7) bertarikh 9 Disember 2009: Peraturan Mengenai Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja Di Bawah Perintah Am 5 Bab G - Mematuhi Waktu Bekerja;

1-2  Bil. Tema PP/SPP/Surat Edaran Yang Dibatalkan (v) Surat Edaran JPA(S)223/8/3 Klt.13 (26) bertarikh 26 November 2009: Pemberian Pelepasan Seperti Bertugas Rasmi Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Dilantik Sebagai Petugas Lembaga Tabung Haji Di Tanah Suci Semasa Musim Haji; (vi) Surat Edaran JPA(SARAAN)(S)1619 Klt. 14 (75) bertarikh 1 Jun 2009: Pelepasan Waktu Bekerja Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Menderma Darah; dan (vii) Surat Edaran JPA(S)1619 Klt.11(29) bertarikh 30 Ogos 2004: Waktu Bekerja Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Mempunyai Anak-anak Kurang Upaya.

4  CERAIAN SR.4.1.1 PELAKSANAAN WAKTU BEKERJA FLEKSI (WBF) DI AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menetapkan pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) bagi menggantikan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) di agensi Kerajaan Persekutuan di seluruh negara. LATAR BELAKANG 2. Elemen fleksibiliti bagi waktu bekerja dalam perkhidmatan awam telah dilaksanakan sejak tahun 1998 apabila Kerajaan memperkenalkan WBB. Mulai 1 Januari 2018, WBB yang dilaksanakan adalah sepertimana yang telah ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2017 yang terdiri daripada empat (4) Waktu Peringkat (WP) iaitu WP1, WP2, WP3 dan WP4 di mana pegawai boleh bekerja mengikut WP yang dipilih dengan kelulusan Ketua Jabatan. Kerajaan juga telah membuat penambahan empat (4) lagi WP yang dilaksanakan khusus pada bulan Ramadan iaitu WP5, WP6, WP7 dan WP8. 3. Selaras dengan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, Kerajaan bersetuju menambah baik aturan kerja sedia ada daripada persekitaran kerja yang tegar kepada persekitaran kerja yang fleksibel dengan melaksanakan WBF di agensi Kerajaan Persekutuan. WBF secara rintis di Kementerian/Jabatan Persekutuan di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya), Perlis, Perak, Selangor, Johor, Terengganu, Sarawak dan Sabah telah dilaksanakan mulai 1 Mac 2019. Berdasarkan hasil kajian rintis ini, Kerajaan telah bersetuju supaya WBF ini dilaksanakan di semua agensi Kerajaan Persekutuan di seluruh negara. WAKTU BEKERJA FLEKSI 4. WBF merupakan masa bekerja yang fleksibel di mana pegawai diberi fleksibiliti untuk hadir bekerja dalam tempoh waktu masuk dan waktu pulang yang ditetapkan, dengan syarat memenuhi tempoh waktu bekerja sehari. WBF diperuntukkan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang sebelum ini mengguna pakai WBB.

5  SR.4.1.1 5. Dengan pelaksanaan WBF ini, waktu pejabat adalah bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 6.00 petang kecuali pada hari Khamis di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor iaitu bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang. Hari dan tempoh waktu bekerja sehari adalah seperti di Jadual 1 berikut: Jadual 1: Hari dan Tempoh Waktu Bekerja Negeri Hari Waktu Masuk (pagi) Waktu Pulang (petang) Tempoh Waktu Bekerja Sehari Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) Isnin hingga Jumaat 7.30 - 9.00 4.30 - 6.00 9 jam Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor Ahad hingga Rabu 7.30 - 9.00 4.30 - 6.00 9 jam Khamis 7.30 - 9.00 3.00 – 4.30 7 jam 30 minit Nota: Tempoh waktu bekerja pejabat biasa yang perlu dipatuhi adalah termasuk waktu rehat dan solat Jumaat. 6. Selaras dengan pelaksanaan ini, maka WBF mengikut negeri adalah seperti berikut: a) Bagi pejabat di negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya); Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan serta Sarawak di mana hari Sabtu merupakan Hari Rehat Mingguan dan hari Ahad merupakan Hari Kelepasan Mingguan, WBF ditetapkan seperti di Jadual 2 di bawah:

6  SR.4.1.1 Jadual 2: WBF di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya); Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan serta Sarawak Negeri Hari Waktu Bekerja Waktu Rehat Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya) Isnin - Jumaat 7.30 pg - 9.00 pg (Tempoh waktu masuk) Hingga 4.30 ptg - 6.00 ptg (Tempoh waktu pulang) (Dengan memenuhi tempoh waktu bekerja sehari) Isnin - Khamis 1.00 tgh - 2.00 ptg Jumaat 12.15 tgh - 2.45 ptg Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Isnin - Khamis 1.00 tgh - 2.00 ptg Jumaat 11.30 pg - 2.00 ptg Sarawak Isnin - Khamis 1.00 tgh - 2.00 ptg Jumaat 11.45 pg - 2.15 ptg

7  SR.4.1.1 b) Bagi pejabat di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor di mana hari Jumaat merupakan Hari Kelepasan Mingguan dan hari Sabtu merupakan Hari Rehat Mingguan, WBF ditetapkan seperti dalam Jadual 3 di bawah: Jadual 3: WBF di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor Negeri Hari Waktu Bekerja Waktu Rehat Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor Ahad - Rabu 7.30 pg - 9.00 pg (Tempoh waktu masuk) Hingga 4.30 ptg - 6.00 ptg (Tempoh waktu pulang) (Dengan memenuhi tempoh waktu bekerja sehari) Ahad - Khamis 1.00 tgh - 2.00 ptg Khamis 7.30 pg - 9.00 pg (Tempoh waktu masuk) Hingga 3.00 ptg - 4.30 ptg (Tempoh waktu pulang) (Dengan memenuhi tempoh waktu bekerja sehari) WBF BULAN RAMADAN 7. Selaras dengan pelaksanaan WBF ini, Kerajaan juga memberi fleksibiliti kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dengan mengurangkan waktu rehat selama 30 minit dalam bulan Ramadan bagi membenarkan pegawai meninggalkan pejabat 30 minit lebih awal. Pegawai boleh memilih untuk mengurangkan waktu rehat sebanyak 30 minit berdasarkan WBF Bulan Ramadan seperti di Jadual 4 atau Jadual 5 di bawah, tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan:

8  SR.4.1.1 Jadual 4: WBF Bulan Ramadan di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya); Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan serta Sarawak Negeri Hari Waktu Bekerja Waktu Rehat Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya) Isnin - Jumaat 7.30 pg - 9.00 pg (Tempoh waktu masuk) Hingga 4.00 ptg - 5.30 ptg (Tempoh waktu pulang) (Dengan memenuhi tempoh waktu bekerja sehari) Isnin - Khamis 1.00 tgh - 1.30 tgh Jumaat 12.30 tgh - 2.30 ptg Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Isnin - Khamis 1.00 tgh - 1.30 tgh Jumaat 11.45 pg - 1.45 tgh Sarawak Isnin - Khamis 1.00 tgh - 1.30 tgh Jumaat 12.00 tgh - 2.00 ptg Nota: Pegawai yang memilih untuk tidak menggunakan WBF Bulan Ramadan, WBF pegawai adalah seperti di Jadual 2.

9  SR.4.1.1 Jadual 5: WBF Bulan Ramadan di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor Negeri Hari Waktu Bekerja Waktu Rehat Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor Ahad - Rabu 7.30 pg - 9.00 pg (Tempoh waktu masuk) Hingga 4.00 ptg - 5.30 ptg (Tempoh waktu pulang) (Dengan memenuhi tempoh waktu bekerja sehari) Ahad - Khamis 1.00 tgh - 1.30 tgh Khamis 7.30 pg - 9.00 pg (Tempoh waktu masuk) Hingga 2.30 ptg - 4.00 ptg (Tempoh waktu pulang) (Dengan memenuhi tempoh waktu bekerja sehari) Nota: Pegawai yang memilih untuk tidak menggunakan WBF Bulan Ramadan, WBF pegawai adalah seperti di Jadual 3.

10  SR.4.1.1 PELAKSANAAN WBF 8. Pelaksanaan WBF ini adalah berdasarkan prosedur dan syarat-syarat seperti berikut: a) WBF terpakai kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang mengguna pakai WBB di semua kementerian/jabatan/agensi di seluruh negara; b) pegawai boleh memulakan tugas pada bila-bila masa antara pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi. Walau bagaimanapun bagi perkhidmatan tertentu seperti perkhidmatan kaunter, Ketua Jabatan boleh mengarahkan pegawai untuk memulakan tugas pada sesuatu masa yang dikehendaki dalam tempoh masa tersebut; c) WBF hendaklah dilaksanakan berdasarkan ketetapan di Jadual 1 di atas. Contohnya pegawai yang memulakan tugas pada pukul 8.07 pagi boleh menamatkan tugas pada pukul 5.07 petang; d) pegawai yang diarahkan menjalankan kerja lebih masa, elaun lebih masa boleh dibayar tertakluk kepada peraturan semasa berkaitan Elaun Lebih Masa; e) pegawai yang dikehendaki menjalankan tugas rasmi di luar stesen dan kembali ke pejabat pada hari selesainya tugas rasmi tersebut, pegawai boleh pulang dari pejabatnya pada pukul 4.30 petang; f) sekiranya pegawai dikehendaki menjalankan tugas rasmi di luar pejabat (dalam stesen), pegawai boleh pulang dari pejabatnya mengikut ketetapan berikut: i) sekiranya pegawai mengetik kehadiran masuk mengikut waktu masuk WBF, pegawai boleh pulang mengikut waktu pulang WBF dengan syarat memenuhi tempoh waktu bekerja sehari; ii) sekiranya pegawai tidak mengetik kehadiran masuk, pegawai boleh pulang berdasarkan waktu tugasan rasmi bermula seperti berikut:

11  SR.4.1.1 1) jika tugasan rasmi bermula sebelum pukul 7.30 pagi, waktu pulang pegawai adalah pukul 4.30 petang; 2) jika tugasan rasmi bermula di antara pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi, waktu pulang pegawai adalah antara pukul 4.30 petang hingga 6.00 petang dengan syarat memenuhi tempoh waktu bekerja sehari; atau 3) jika tugasan rasmi bermula selepas pukul 9.00 pagi, waktu pulang pegawai adalah pukul 6.00 petang. g) pelaksanaan peraturan mengenai kebenaran untuk meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja menurut Perintah Am 5 Bab G Tahun 1974 dan SR.4.2.2, adalah dilaksanakan seperti berikut: i) sekiranya pegawai mengetik kehadiran masuk pejabat di antara pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi, kebenaran pelepasan bermula mengikut tempoh pelepasan yang dimohon oleh pegawai; atau ii) sekiranya pegawai tidak mengetik kehadiran masuk pejabat di antara pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi, kebenaran pelepasan dikira bermula pukul 9.01 pagi. h) pelaksanaan kebenaran pulang awal satu jam kepada pegawai wanita mengandung seperti dalam SR.4.2.1 adalah terpakai dalam pelaksanaan WBF ini. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 9. WBF hendaklah dilaksanakan di semua agensi Kerajaan Persekutuan di seluruh negara. Bagi waktu bekerja selain daripada WBF, waktu bekerja adalah tertakluk kepada dasar dan peraturan semasa yang telah diperuntukkan kepada Ketua Jabatan.

12  SR.4.1.1 10. Ketua Jabatan, atas kepentingan perkhidmatan boleh mengarahkan mana-mana pegawai untuk hadir ke pejabat pada masa yang dikehendaki dalam tempoh waktu masuk. 11. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab memantau waktu bekerja pegawai dengan memastikan prosedur dan syarat yang ditetapkan dipatuhi oleh semua pegawai di kementerian/jabatan/agensi masing-masing. 12. Pada bulan Ramadan, Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab memastikan pegawai mengisi borang seperti di Lampiran SR.4.1.1(A) untuk memilih tempoh waktu rehat yang bersesuaian dengan keperluan WBF pegawai. 13. Kementerian/jabatan/agensi yang mempunyai perkhidmatan kaunter, Ketua Jabatan hendaklah memastikan perkhidmatan kaunter tersebut tidak terjejas dengan pelaksanaan WBF. 14. Perkhidmatan kaunter yang perlu dibuka secara berterusan, Ketua Jabatan boleh membuat penyesuaian kepada waktu rehat pegawai dengan syarat masa rehat pegawai diganti pada hari yang sama. PEMBATALAN 15. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan (PP) dan Surat Pekeliling Perkhidmatan (SPP) seperti berikut adalah dibatalkan: a) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2019: Pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) Di Agensi Kerajaan Persekutuan; b) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1982: Waktu Makan/Rehat Tengahari Pada Hari Jumaat Di Negeri-Negeri Di Mana Hari Jumaat Bukan Cuti Mingguan; dan c) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 20 Tahun 1972: Waktu Bekerja Dalam Bulan Puasa.

13  SR.4.1.1 PEMAKAIAN 16. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

1-1  LAMPIRAN SR.4.1.1(A) KEMENTERIAN/JABATAN: BORANG PEMILIHAN TEMPOH WAKTU REHAT BAGI BULAN RAMADAN NAMA PEGAWAI : NO. KAD PENGENALAN : JAWATAN/GRED : BAHAGIAN/CAWANGAN/UNIT : TARIKH MULA HINGGA TAMAT : ARAHAN: Tuan/puan adalah dikehendaki membuat pilihan Waktu Rehat bagi bulan Ramadan dengan mengisi pilihan di dalam Petak 'A' yang disediakan di bawah ini. PETAK 'A' PETAK 'B' Saya membuat pilihan tempoh Waktu Rehat seperti di Petak 'A'. Selepas mengambil kira pilihan tempoh waktu rehat di Petak 'A', penetapan waktu rehat tuan/puan adalah seperti di Petak 'B’. Tandatangan Tandatangan Pegawai : Tarikh: Ketua Jabatan : Tarikh: * Dengan kelulusan Ketua Jabatan, tempoh waktu rehat yang diluluskan adalah terpakai bagi tarikh seperti di atas sahaja. PILIHAN WAKTU REHAT TANDA (√) YANG BERKENAAN WBF WBF Bulan Ramadan PILIHAN WAKTU REHAT TANDA (√) YANG BERKENAAN WBF WBF Bulan Ramadan

 2-1 LAMPIRAN SR.4.1.1(B) SOALAN LAZIM (FAQ) PELAKSANAAN WAKTU BEKERJA FLEKSI (WBF) DI AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN 1. JIKA SEORANG PEGAWAI MENGETIK KEHADIRAN MASUK MELEPASI PUKUL 9.00 PAGI, SEBAGAI CONTOH PUKUL 9.15 PAGI: ADAKAH PEGAWAI TERSEBUT PERLU MENCUKUPKAN JUMLAH JAM BEKERJA SEHARI? Sekiranya pegawai mengetik kehadiran masuk melebihi pukul 9.00 pagi, pegawai dianggap lewat hadir ke pejabat. Walau bagaimanapun pegawai tersebut dibenarkan pulang selepas waktu pejabat bergantung kepada hari dan tempoh waktu pejabat di negeri masing-masing. 2. JIKA SESEORANG PEGAWAI DIKEHENDAKI MENGHADIRI SUATU RAPTAI PERBARISAN DI LUAR PEJABAT PADA PUKUL 7.00 PAGI DAN KEMUDIANNYA PEGAWAI KEMBALI KE PEJABAT, PUKUL BERAPAKAH PEGAWAI DIBENARKAN PULANG DI BAWAH WBF? Sekiranya raptai perbarisan bermula pada pukul 7.00 pagi, pegawai dianggap telah mengetik kehadiran masuk pada pukul 7.30 pagi dan pegawai tersebut dibenarkan pulang selepas waktu pejabat bergantung kepada hari dan tempoh waktu pejabat di negeri masing-masing. 3. PADA BULAN RAMADAN, ADAKAH PEGAWAI MASIH DIBENARKAN PULANG SETENGAH JAM AWAL? Pada bulan Ramadan, pegawai boleh dipertimbangkan untuk pulang setengah jam awal dengan syarat waktu rehat juga dikurangkan selama 30 minit seperti yang diperuntukkan dalam Ceraian SR.4.1.1 tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan. 4. ADAKAH WBF BULAN RAMADAN JUGA TERPAKAI UNTUK PEGAWAI BUKAN BERAGAMA ISLAM? WBF bulan Ramadan juga terpakai untuk pegawai bukan beragama Islam tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan.

 2-2 5. PEGAWAI DIARAHKAN MENGHADIRI TUGASAN RASMI DI LUAR STESEN (MELEBIHI 25 KM) YANG MEMERLUKAN PEGAWAI BERMALAM DI TEMPAT BERTUGAS RASMINYA ITU. PADA HARI BERIKUTNYA PEGAWAI KEMBALI KE PEJABAT SETELAH SELESAI TUGAS RASMINYA. PUKUL BERAPAKAH PEGAWAI BOLEH PULANG DARI PEJABATNYA PADA HARI TERSEBUT SEKIRANYA: (i) PEGAWAI TIDAK MENGETIK KEHADIRAN MASUK DAN TERUS KE TEMPAT BERTUGAS RASMI; ATAU (ii) PEGAWAI MENGETIK KEHADIRAN MASUK DAN KEMUDIANNYA KE TEMPAT BERTUGAS RASMI. Pegawai yang telah menghadiri tugasan rasmi di luar stesen dan kembali ke pejabat pada hari selesainya tugas rasmi tersebut, pegawai boleh pulang dari pejabatnya pada pukul 4.30 petang bagi kedua-dua situasi di atas. 6. PEGAWAI DIARAHKAN MENGHADIRI TUGASAN RASMI DI LUAR PEJABAT (DALAM STESEN IAITU KURANG 25 KM). PEGAWAI TELAH MENGETIK KEHADIRAN MASUK DAN KEMUDIAN KE TEMPAT BERTUGAS RASMINYA. PEGAWAI KEMBALI KE PEJABAT SETELAH SELESAI TUGASAN RASMI TERSEBUT. PUKUL BERAPAKAH PEGAWAI BOLEH PULANG DARI PEJABATNYA? Sekiranya pegawai mengetik kehadiran masuk mengikut waktu masuk WBF, pegawai boleh pulang mengikut waktu pulang WBF dengan syarat memenuhi tempoh waktu bekerja sehari. 7. PEGAWAI DIARAHKAN MENGHADIRI TUGASAN RASMI DI LUAR PEJABAT (DALAM STESEN IAITU KURANG 25 KM). PEGAWAI TIDAK MENGETIK WAKTU MASUK SERTA TERUS KE TEMPAT BERTUGAS RASMINYA. PEGAWAI KEMBALI KE PEJABAT SETELAH SELESAI TUGAS RASMI TERSEBUT. PUKUL BERAPAKAH PEGAWAI BOLEH PULANG DARI PEJABAT SEKIRANYA: (i) TUGAS RASMI BERMULA SEBELUM PUKUL 7.30 PAGI? (ii) TUGAS RASMI BERMULA DI ANTARA PUKUL 7.30 PAGI HINGGA 9.00 PAGI? (iii) TUGAS RASMI BERMULA SELEPAS PUKUL 9.00 PAGI?

 2-3 (i) Jika tugasan rasmi bermula sebelum pukul 7.30 pagi, waktu pulang pegawai adalah pukul 4.30 petang. (ii) Jika tugasan rasmi bermula di antara pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi, waktu pulang pegawai adalah antara pukul 4.30 petang hingga 6.00 petang dengan syarat memenuhi tempoh waktu bekerja sehari. (iii) Jika tugasan rasmi bermula selepas pukul 9.00 pagi, waktu pulang pegawai adalah pukul 6.00 petang. 8. ADAKAH WBF TERPAKAI KEPADA PEGAWAI YANG BERKHIDMAT DI SEKOLAH/KLINIK KESIHATAN/IBU PEJABAT POLIS? Ya. WBF terpakai kepada semua pegawai yang berkhidmat di sekolah/klinik kesihatan/ibu pejabat polis yang mengguna pakai WBB sebelum ini. 9. PEGAWAI TIDAK MENGETIK KEHADIRAN MASUK DAN TIBA LEWAT KE PEJABAT IAITU PADA PUKUL 11.00 PAGI. PEGAWAI KEMUDIANNYA TELAH DIARAHKAN MELAKSANAKAN KERJA LEBIH MASA SETELAH TAMAT WAKTU BEKERJA. BILAKAH KERJA LEBIH MASA PEGAWAI BERMULA? Kerja lebih masa boleh bermula selepas tamat waktu pejabat iaitu bermula selepas pukul 6.00 petang. 10. SEORANG PEMANDU DIARAHKAN MEMBAWA PEGAWAI GRED JUSA B KE LAPANGAN TERBANG PADA PUKUL 5.20 PAGI DARI RUMAH PEGAWAI. SETELAH MENGHANTAR PEGAWAI ATASANNYA, PEMANDU TERSEBUT TERUS KE PEJABAT DAN MENGETIK WAKTU MASUK PADA PUKUL 7.41 PAGI DAN PULANG PADA PUKUL 4.55 PETANG. PADA MALAM HARI YANG SAMA, PEMANDU TERSEBUT KEMUDIANNYA DIARAHKAN MENGAMBIL PEGAWAI GRED JUSA B DI LAPANGAN TERBANG PADA PUKUL 11.00 MALAM. BELIAU BERTOLAK DARI RUMAH PADA PUKUL 9.30 MALAM DAN SAMPAI KE RUMAH PEGAWAI PUKUL 10.00 MALAM UNTUK MENGAMBIL KERETA DAN TERUS KE LAPANGAN TERBANG.

 2-4 SETELAH MENJEMPUT PEGAWAI, MEREKA TIBA KE RUMAH PEGAWAI ATASANNYA PEGAWAI GRED JUSA B PADA PUKUL 11.30 MALAM. DALAM SITUASI DI ATAS, TEMPOH YANG MANAKAH DIAMBIL KIRA SEBAGAI KERJA LEBIH MASA BAGI PEMANDU TERSEBUT? Kerja lebih masa seseorang pemandu adalah apabila beliau diarahkan bekerja di luar tempoh waktu bekerja seharinya. Dalam kes ini, tempoh kerja lebih masa pemandu tersebut adalah seperti berikut: Tempoh Kerja Lebih Masa Catatan 5.20 pagi hingga 7.41 pagi Tempoh pemandu tiba di rumah pegawai dan mengetik kehadiran masuk ke pejabat. 10.00 malam hingga 11.30 malam Tempoh pemandu tiba dan sampai semula ke rumah pegawai dari lapangan terbang. 11. TERDAPAT ARAHAN KERJA LEBIH MASA KEPADA 4 ORANG PEGAWAI KUMPULAN PELAKSANA DI PUTRAJAYA YANG WAKTU MASUK DAN WAKTU PULANG MEREKA ADALAH BERBEZA SEPERTI BERIKUT: (i) PEGAWAI A, WAKTU MASUK PADA PUKUL 7.20 PAGI DAN WAKTU PULANG PADA PUKUL 4.30 PETANG; (ii) PEGAWAI B, WAKTU MASUK PADA PUKUL 7.50 PAGI DAN WAKTU PULANG PADA PUKUL 4.50 PETANG; (iii) PEGAWAI C, WAKTU MASUK PADA PUKUL 8.20 PAGI DAN WAKTU PULANG PADA PUKUL 5.20 PETANG; DAN (iv) PEGAWAI D, WAKTU MASUK PADA PUKUL 9.05 PAGI DAN WAKTU PULANG PADA PUKUL 6.00 PETANG BILAKAH KERJA LEBIH MASA BOLEH BERMULA BAGI PEGAWAIPEGAWAI DI ATAS?

 2-5 Kerja lebih masa bagi pegawai A, B dan C boleh bermula pada bila-bila masa setelah pegawai mencukupkan tempoh masa bekerja sehari. Walau bagaimanapun bagi pegawai A, pegawai dianggap memulakan tugas pada pukul 7.30 pagi. Bagi pegawai D, kerja lebih masa bermula pada bila-bila masa selepas pukul 6.00 petang. 12. PEGAWAI MEMPUNYAI URUSAN PERIBADI YANG MUSTAHAK PADA PUKUL 8.00 PAGI (13 OGOS 2019). PADA PETANG 12 OGOS 2019, PEGAWAI TELAH MENGISI BORANG KEBENARAN KELUAR PEJABAT DALAM WAKTU BEKERJA UNTUK URUSAN TERSEBUT. PEGAWAI TELAH MENDAPAT KELULUSAN PELEPASAN MENINGGALKAN PEJABAT DARIPADA PEGAWAI ATASAN BERMULA PUKUL 8.00 PAGI HINGGA 11.30 PAGI (13 OGOS 2019). PUKUL BERAPAKAH PEGAWAI DIBENARKAN PULANG PADA HARI TERSEBUT? A. Sekiranya pegawai tidak mengetik kehadiran masuk pejabat di antara pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi, waktu pulang pegawai adalah pada pukul 6.00 petang. Dalam hal ini, pelepasan pegawai dikira bagi tempoh 9.01 minit pagi hingga 11.30 pagi. Tempoh waktu masuk antara pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi adalah merupakan fleksibiliti 1 jam 30 minit kepada pegawai untuk menggunakan waktu tersebut bagi urusan peribadi sebelum masuk pejabat. Oleh itu, tidak berbangkit kebenaran pelepasan meninggalkan pejabat bagi tempoh tersebut. B. Sekiranya pegawai mengetik kehadiran masuk pejabat pukul 7.30 pagi, waktu pulang pegawai adalah pada pukul 4.30 petang. Dalam kes ini, pegawai telah masuk ke pejabat bagi memulakan tugas pada pukul 7.30 pagi dan keluar pejabat pada pukul 8.00 pagi atas urusan peribadi mengikut tempoh kebenaran yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan.

 2-6 Nota: Bagi Kebenaran Keluar Pejabat mengikut SR.4.2.2, Ketua Jabatan boleh menetapkan bahawa pegawai perlu menggantikan semula tempoh waktu bekerja yang telah digunakan untuk tujuan menyelesaikan tugas hakikinya supaya penyampaian perkhidmatan tidak terjejas. 13. PEGAWAI MEMPUNYAI TEMUJANJI DOKTOR DI HOSPITAL PADA PUKUL 8.30 PAGI. PEGAWAI TELAH MENDAPAT KEBENARAN KELUAR PEJABAT DARI PEGAWAI ATASAN DARI PUKUL 8.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAH HARI. BILAKAH WAKTU PULANG PEGAWAI? A. Sekiranya pegawai tidak mengetik kehadiran masuk pejabat di antara pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi, waktu pulang pegawai adalah pada pukul 6.00 petang. Dalam perkara ini, kebenaran keluar pejabat pegawai dikira dari pukul 9.01 pagi. Dalam hal ini, pelepasan pegawai dikira bagi tempoh 9.01 minit pagi hingga 12.00 tengah hari. Tempoh waktu masuk antara pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi adalah merupakan fleksibiliti 1 jam 30 minit kepada pegawai untuk menggunakan waktu tersebut bagi urusan peribadi sebelum masuk pejabat. Oleh itu, tidak berbangkit kebenaran pelepasan meninggalkan pejabat bagi tempoh tersebut. “Time slip” bukanlah satu bukti waktu masuk ke pejabat bagi seseorang pegawai tetapi ia merupakan pengesahan pegawai mendapatkan rawatan di klinik/hospital berkenaan dalam tempoh tersebut. Perenggan 1 (e) dalam Lampiran SR.4.2.2(A), di bawah Garis Panduan Peraturan Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja, telah menjelaskan bahawa pegawai yang mendapatkan rawatan untuk diri sendiri di klinik/hospital dikehendaki mengemukakan “time slip”’ atau sebarang dokumen daripada pegawai perubatan atau doktor untuk mengesahkan bahawa pegawai mendapatkan rawatan di klinik/hospital berkenaan dalam tempoh tersebut.

 2-7 B. Sekiranya pengawai mengetik kehadiran masuk pejabat pada pukul 7.45 pagi, waktu pulang pegawai ialah pada pukul 4.45 petang. Dalam hal ini, pegawai telah masuk ke pejabat bagi memulakan tugas pada pukul 7.45 pagi dan keluar pejabat pukul 8.00 pagi atas urusan peribadi mengikut tempoh kebenaran yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan. Nota: Bagi Kebenaran Keluar Pejabat mengikut SR.4.2.2, Ketua Jabatan boleh menetapkan bahawa pegawai perlu menggantikan semula tempoh waktu bekerja yang telah digunakan untuk tujuan menyelesaikan tugas hakikinya supaya penyampaian perkhidmatan tidak terjejas. 14. PEGAWAI TELAH MENGETIK KEHADIRAN MASUK KE PEJABAT PADA PUKUL 7.15 PAGI. PEGAWAI TELAH MENDAPAT KEBENARAN PELEPASAN MENINGGALKAN PEJABAT DALAM WAKTU BEKERJA BERMULA PUKUL 10.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAH HARI. PUKUL BERAPAKAH PEGAWAI DIBENARKAN PULANG SETELAH KEMBALI KE PEJABAT? Pegawai yang mengetik kehadiran masuk sebelum pukul 7.30 pagi dianggap memulakan tugas pada pukul 7.30 pagi. Oleh yang demikian, waktu pulang pegawai adalah pada pukul 4.30 petang. 15. BOLEHKAH SESEORANG PEGAWAI ATASAN MEMBERI KELULUSAN KELUAR PEJABAT BAGI PEGAWAI UNTUK URUSAN PERIBADI ATAU KLINIK ANTARA PUKUL 7.30 PAGI HINGGA 9.00 PAGI SEKIRANYA PEGAWAI TIDAK MENGETIK DALAM TEMPOH MASUK BEKERJA? Sekiranya Ketua Jabatan telah memberi kelulusan keluar pejabat antara pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi, tempoh kebenaran pelepasan hanya akan diambil kira mulai pukul 9.01 pagi sekiranya pegawai tidak mengetik masuk pejabat dan waktu pulang pegawai pada hari tersebut ialah pada pukul 6.00 petang.

 2-8 16. BILAKAH CUTI TANPA REKOD (CTR) BAGI URUSAN KEMATIAN AHLI KELUARGA TERDEKAT PEGAWAI BERMULA SEMASA PELAKSANAAN WBF, SEKIRANYA SEORANG AHLI KELUARGA TERDEKAT PEGAWAI TELAH MENINGGAL DUNIA PADA HARI BEKERJA IAITU: (i) PADA PUKUL 2.00 PETANG? (ii) PADA PUKUL 4.45 PETANG DAN WAKTU PULANG PEGAWAI ADALAH PADA PUKUL 4.32 PETANG? (iii) PADA PUKUL 6.35 PETANG? Waktu pejabat bagi WBF adalah bermula pukul 7.30 pagi hingga 6.00 petang KECUALI pada hari Khamis di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor iaitu bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang. Bagi kes i. dan ii., CTR pegawai adalah bermula pada tarikh yang sama berlaku kematian ahli keluarga terdekat kerana kematian berlaku dalam waktu pejabat kecuali pada hari Khamis di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, CTR pegawai bermula pada keesokan harinya. Bagi kes iii., CTR pegawai adalah pada hari berikutnya kerana masa kematian tersebut adalah selepas waktu pejabat. 17. CUTI TANPA REKOD KEMUDAHAN ISTERI BERSALIN KEPADA PEGAWAI LELAKI. BILAKAH CUTI TANPA REKOD (CTR) KEMUDAHAN ISTERI BERSALIN KEPADA PEGAWAI LELAKI BERMULA SEMASA PELAKSANAAN WBF SEKIRANYA ISTERI PEGAWAI BERSALIN PADA HARI BEKERJA IAITU: (i) PADA PUKUL 2.00 PETANG? (ii) PADA PUKUL 4.45 PETANG DAN WAKTU PULANG PEGAWAI ADALAH PADA PUKUL 4.32 PETANG? (iii) PADA PUKUL 6.44 PETANG Waktu pejabat bagi WBF adalah bermula pukul 7.30 pagi hingga 6.00 petang kecuali pada hari Khamis di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor iaitu bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang.

 2-9 (i) sekiranya isteri pegawai bersalin pada pukul 2.00 petang, CTR pegawai adalah bermula pada tarikh yang sama kerana isteri pegawai bersalin dalam waktu pejabat. (ii) sekiranya isteri pegawai bersalin pada pukul 4.45 petang, CTR pegawai adalah bermula pada tarikh yang sama kerana isteri pegawai bersalin dalam waktu pejabat kecuali pada hari Khamis di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, CTR pegawai bermula pada keesokan harinya. (iii) sekiranya isteri pegawai bersalin pada pukul 6.44 petang, CTR pegawai adalah pada hari berikutnya kerana masa bersalin tersebut adalah selepas waktu pejabat. 18. ADAKAH PEGAWAI YANG BERTUGAS DI KAUNTER, DI MANA WAKTU OPERASI KAUNTER BERMULA PADA PUKUL 7.30 PAGI BOLEH MENGGUNA PAKAI WAKTU MASUK WBF? WBF terpakai kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang mengguna pakai WBB. Pegawai boleh memulakan tugas pada bila-bila masa antara pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi. Walau bagaimanapun, demi kepentingan perkhidmatan, Ketua Jabatan boleh mengarahkan pegawai untuk memulakan tugas pada sesuatu masa yang dikehendaki dalam tempoh masa tersebut. 19. ADAKAH WBF TERPAKAI KEPADA PEGAWAI LANTIKAN/PENGAMBILAN CONTRACT OF SERVICE (COS)/ LANTIKAN CONTRACT FOR SERVICE (CFS)/ PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)? WBF terpakai kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang mengguna pakai WBB.

 14 CERAIAN SR.4.1.2 DASAR BEKERJA DARI RUMAH TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaan berkaitan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. LATAR BELAKANG 2. Perintah Am 5 Bab G Tahun 1974 mengenai Waktu Bekerja dan Lebih Masa memperuntukkan bahawa semua pegawai yang bekerja waktu pejabat termasuk Ketuaketua Jabatan sendiri, hendaklah mematuhi waktu-waktu bekerja dan hadir di pejabat dalam masa yang ditetapkan. Bagi pegawai yang mengikuti Waktu Bekerja Bukan Pejabat pula, pegawai dikehendaki hadir bekerja di suatu tempat bekerja yang telah ditentukan kepada mereka meliputi satu masa bekerja atau giliran bekerja. 3. Sebagai usaha berterusan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan awam dan keperluan mengimbangi keperluan tugas dan kesejahteraan pegawai, maka Kerajaan telah bersetuju untuk mewujudkan dasar BDR sebagai alternatif cara bekerja baharu dalam perkhidmatan awam. TAFSIRAN 4. Bagi maksud Ceraian ini: "Ketua Jabatan" bermaksud: (a) Ketua Setiausaha Kementerian; (b) Ketua Pengarah; atau (c) mana-mana pegawai yang bertanggungjawab mengetuai jabatan, institusi, agensi atau bahagian. “Rumah” bermaksud kediaman pegawai seperti alamat tempat tinggal yang didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS).

 15 SR.4.1.2 DASAR BDR 5. Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan boleh dipertimbangkan untuk BDR berdasarkan syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan dalam pekeliling perkhidmatan ini. 6. BDR memperuntukkan pegawai melaksanakan tugas hakiki atau tugas-tugas rasmi lain dari Rumah pada hari bekerjanya sama ada secara sepenuh hari atau separuh hari bagi sesuatu tempoh, mengikut kesesuaian tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan awam dan diambil kira sebagai hadir bertugas. PRINSIP PELAKSANAAN BDR 7. Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan hanya boleh BDR apabila: (a) mendapat arahan daripada Kerajaan; atau (b) mendapat arahan atau kebenaran daripada Ketua Jabatan. 8. Dalam keadaan tertentu, Ketua Setiausaha Negara atau Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam boleh mengarahkan mana-mana pegawai untuk BDR demi kepentingan perkhidmatan. PERATURAN 9. Bagi pegawai yang diarah atau dibenarkan BDR, perkara-perkara yang berikut hendaklah dipatuhi: (a) sentiasa berada di Rumah sebagai tempat bekerja dalam tempoh waktu bekerja yang ditetapkan; (b) sentiasa boleh dihubungi dalam tempoh, hari dan waktu bekerjanya; (c) sentiasa bersedia untuk hadir ke pejabat atau mana-mana lokasi lain yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dalam tempoh yang munasabah; dan (d) semua undang-undang, peraturan, pekeliling dan arahan yang berkuat kuasa dan terpakai kepada pegawai awam dari semasa ke semasa, termasuk antara lain, tetapi tidak terhad kepada: (i) Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88]; (ii) Arahan Keselamatan; (iii) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U (A) 395/1993]; dan (iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61].

 16 SR.4.1.2 10. Pelaksanaan BDR hendaklah dipastikan tidak akan menjejas atau menyebabkan penyusutan kualiti penyampaian perkhidmatan dan prestasi kerja pegawai. Ketua Jabatan hendaklah menetapkan dan memantau pencapaian tugasan pegawai yang BDR. 11. Panduan umum mengenai pelaksanaan BDR berkaitan: (a) Kaedah Pelaksanaan; (b) Waktu Bekerja, Hari, Tempoh dan Tempat Semasa BDR; (c) Gaji, Elaun, Kemudahan dan Skim Perlindungan; (d) Kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi; dan (e) Pematuhan Peraturan bolehlah dirujuk dalam Garis Panduan Pelaksanaan Bekerja Dari Rumah seperti di Lampiran SR.4.1.2. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN DAN PEGAWAI 12. Bagi memastikan kesinambungan penyampaian perkhidmatan berjalan seperti biasa dan pelaksanaan kemudahan BDR tidak menjejaskan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk; a. memberi arahan atau kebenaran secara bertulis kepada pegawai di bawah seliaannya untuk BDR tertakluk kepada peraturan-peraturan yang dinyatakan di perenggan 9; b. memantau penyempurnaan sasaran output tugasan pegawai yang ditetapkan kepada pegawai semasa BDR; dan c. memastikan semua tugasan yang dilaksanakan oleh pegawai semasa BDR adalah mematuhi peraturan seperti yang dinyatakan di perenggan 9 dan Bahagian E: Garis Panduan Pelaksanaan BDR. 13. Bagi memastikan BDR dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan berintegriti, pegawai yang diarah atau dibenarkan untuk BDR hendaklah: a. mengemukakan maklumat mengenai alamat Rumah sebagai tempat bekerja semasa BDR; b. mematuhi semua peraturan yang dinyatakan di perenggan 9 dan Bahagian E: Garis Panduan Pelaksanaan BDR; dan c. mematuhi dan menyempurnakan semua sasaran output kerja yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan.

 17 SR.4.1.2 PEMBATALAN 14. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, semua kelulusan khas berkaitan BDR sebelum ini dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2020: Dasar Bekerja Dari Rumah adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 15. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

 Lampiran SR.4.1.2 KERAJAAN MALAYSIA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM GARIS PANDUAN PELAKSANAAN BEKERJA DARI RUMAH

i  KANDUNGAN Perkara Muka surat Bahagian A: Pelaksanaan Objektif 1-1 Prinsip Pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) 1-1 Tujuan BDR 1-1 Kaedah Pelaksanaan 1-3 Kriteria Pegawai 1-4 Bahagian B: Waktu Bekerja, Hari, Tempoh Dan Tempat Semasa BDR Waktu Bekerja 1-5 Hari BDR 1-6 Tempoh BDR 1-6 Tempat Bekerja 1-6 Bahagian C: Gaji, Elaun, Kemudahan Dan Skim Perlindungan Gaji, Elaun Dan Kemudahan 1-7 Skim Perlindungan Untuk Pegawai Yang BDR 1-8 Bahagian D: Kemudahan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Kemudahan Infrastruktur dan Digital 1-9 Ekosistem Digital Yang Selamat 1-15 Pertanyaan 1-15

ii  Perkara Muka surat Bahagian E: Pematuhan Peraturan Peraturan Pegawai Perkhidmatan Awam 1-16 Keselamatan Peralatan Hak Milik Kerajaan 1-17 Kerahsiaan Dokumen Rasmi 1-17 LAMPIRAN A LAMPIRAN B

 1-1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN BEKERJA DARI RUMAH (BDR) BAHAGIAN A PELAKSANAAN Objektif 1. Garis Panduan ini bertujuan untuk menjelaskan tatacara pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) dalam perkhidmatan awam. Prinsip Pelaksanaan BDR 2. Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan hanya boleh BDR apabila: 2.1 mendapat arahan daripada Kerajaan; atau 2.2 mendapat arahan atau kebenaran daripada Ketua Jabatan. Tujuan BDR 3. Arahan BDR boleh dipertimbangkan bagi tujuan seperti berikut: (a) untuk mengurangi atau mengelakkan kerugian/kerosakan/kemusnahan atas sebab-sebab seperti pencemaran alam sekitar, penularan penyakit berjangkit dan/atau bencana alam yang boleh mengancam keselamatan, ketenteraman awam sama ada di pejabat/premis atau kawasan tempat kediaman. Antara contoh situasi/keadaan tersebut adalah seperti yang berikut:

 1-2 (i) pegawai tidak dapat menghadirkan diri ke pejabat kerana kawasan kediaman pegawai termasuk dalam kawasan yang dikenakan perintah kawalan pergerakan atau lain-lain tindakan yang menyebabkan terhalang pergerakan pegawai; (ii) pejabat pegawai perlu dikosongkan kerana, antara lain, mengalami serangan kulat/serangga atau kerosakan struktur bangunan/premis/pejabat; atau (iii) pejabat pegawai diwartakan oleh Kerajaan sebagai Pusat Kuarantin atau lain-lain kegunaan bagi menangani isu-isu tertentu. (b) untuk mengelakkan berlaku kemudaratan, kesukaran atau keadaan serba salah sama ada terhadap pegawai sendiri atau pegawai-pegawai lain di pejabat sekiranya pegawai berkenaan hadir di pejabat. Antara contoh situasi/keadaan tersebut adalah seperti kehadiran pegawai di pejabat boleh menyebabkan wujudnya percanggahan kepentingan peribadi (conflict of interest) yang memungkinkan, antara lain, kebocoran maklumat atau membawa penglibatan pengaruh luar; atau (c) mewujudkan keseimbangan dan kesejahteraan antara keperluan agensi terhadap kesinambungan tugas demi kepentingan perkhidmatan dan keperluan pegawai menguruskan hal persendirian dalam situasi di mana pegawai tidak dibenarkan menggunakan kemudahan cuti. Antara contoh situasi/keadaan tersebut adalah seperti keperluan untuk menjaga anakanak yang berusia 12 tahun dan ke bawah akibat penutupan taska/pusat asuhan kanak-kanak/sekolah rendah disebabkan, antara lain, atas arahan Kerajaan.

 1-3 4. Dalam melaksanakan arahan BDR bagi tujuan seperti yang dinyatakan di perenggan 3(c), Kerajaan telah bersetuju supaya Ketua Jabatan adalah diwajibkan untuk membenarkan/mengarahkan BDR kepada pegawai yang kematian suami atau isteri sebaik sahaja tempoh tiga (3) hari Cuti Tanpa Rekod (CTR) sebagaimana yang diperuntukkan dalam Ceraian SR.5.2.1 telah digunakan. Tempoh pemberian BDR ini hendaklah yang bersesuaian dan tidak melebihi tempoh dua (2) minggu termasuk Hari Kelepasan Mingguan, Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am tertakluk pertimbangan Ketua Jabatan. Kaedah Pelaksanaan 5. Kaedah pelaksanaan BDR adalah seperti berikut: 5.1. Kerajaan atau Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan sama ada semua, sebahagian atau mana-mana pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan untuk BDR; 5.2. arahan daripada Kerajaan boleh dibuat dengan menggunakan apa-apa saluran komunikasi rasmi Kerajaan atau suatu pemakluman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam; 5.3. Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan arahan BDR kepada pegawai menggunakan borang Arahan Bekerja Dari Rumah seperti di Lampiran A; dan 5.4. Ketua Jabatan hendaklah memastikan semua arahan Kerajaan yang dikeluarkan dipatuhi pelaksanaannya di peringkat Kementerian/Jabatan masing-masing. 6. Sekiranya tiada arahan rasmi yang lain, Ketua Jabatan boleh melaksanakan ketetapan kuota kehadiran di pejabat dalam menghadapi situasi-situasi yang membenarkan pegawai BDR.

 1-4 Kriteria Pegawai 7. Kriteria pegawai yang layak dipertimbangkan BDR adalah seperti berikut: 7.1. Arahan Kerajaan 7.1.1. Semua, sebahagian atau mana-mana pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan lantikan tetap, kontrak (Contract of Service), sementara dan sambilan termasuk Guru Interim kecuali mana-mana perkhidmatan, kumpulan atau kategori yang ditetapkan Kerajaan sebaliknya. 7.1.2. Tertakluk kepada arahan Kerajaan, Ketua Jabatan hendaklah menentukan perkhidmatan penting (essential services) seperti yang dikecualikan oleh Kerajaan, bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan penting kepada rakyat dan negara. Sebagai contoh, perkhidmatan yang boleh diberikan pengecualian BDR ialah kepada pegawai yang; (i) bekerja di lapangan sepanjang tempoh waktu bekerjanya; atau (ii) berurusan secara terus dengan orang ramai atau kumpulan sasar sama ada di kaunter perkhidmatan, institusi kebajikan atau lainlain yang seumpama dengannya. 7.2. Arahan Ketua Jabatan 7.2.1. BDR layak dipertimbangkan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan lantikan tetap, kontrak (Contract of Service), sementara dan sambilan termasuk Guru Interim.

 1-5 BAHAGIAN B WAKTU BEKERJA, HARI, TEMPOH DAN TEMPAT SEMASA BDR Waktu Bekerja 1. Waktu bekerja pegawai yang melaksanakan BDR adalah mengikut waktu bekerjanya sama ada waktu bekerja pejabat, waktu bekerja bukan pejabat atau waktuwaktu bekerja yang lain mengikut sesuatu perkhidmatan. 2. Pegawai hendaklah mematuhi waktu bekerjanya sama ada waktu bekerja pejabat, waktu bekerja bukan pejabat atau waktu bekerja yang lain mengikut sesuatu perkhidmatan. 3. BDR boleh dilaksanakan dengan dua (2) kaedah seperti yang berikut: (a) “BDR Sepenuh Hari” bermaksud pegawai melaksanakan tugas hakiki atau tugas-tugas rasmi lain di Rumah mengikut waktu kerjanya yang telah ditetapkan kepada pegawai. (b) “BDR Separuh Hari” bermaksud pegawai melaksanakan tugas hakiki atau tugas-tugas rasmi lain di Rumah mengikut waktu kerjanya yang telah ditetapkan kepada pegawai dengan cut off waktu rehat dengan baki tempoh separuhnya, pegawai dikehendaki bertugas di pejabat atau lain-lain lokasi yang diarahkan oleh Ketua Jabatan. Jumlah waktu bekerja di pejabat dan di rumah hendaklah lapan (8) jam tidak termasuk rehat.

 1-6 Hari BDR 4. BDR boleh dilaksanakan untuk sesuatu tempoh tertentu dan boleh dibuat secara giliran atau bukan giliran mengikut hari atau mingguan. 5. Peraturan semasa mengenai Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am adalah terpakai dalam penggunaan BDR ini. Tempoh BDR 6. Tempoh BDR adalah seperti berikut: Jadual 1: Tempoh BDR Bil Arahan Tempoh BDR 1. Kerajaan Tertakluk kepada arahan Kerajaan 2. Ketua Jabatan Tertakluk kepada arahan Ketua Jabatan Tempat Bekerja 7. Tempat bekerja pegawai semasa BDR ialah Rumah. 8. Rumah adalah kediaman pegawai seperti alamat tempat tinggal yang didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS). 9. Pegawai hendaklah sentiasa mengemaskini alamat rumah kediaman dalam HRMIS bagi tujuan BDR. 10. Ketua Jabatan boleh mengarahkan pegawai untuk menghadiri mesyuarat rasmi di pejabat atau di suatu lokasi lain semasa pegawai BDR.

 1-7 BAHAGIAN C GAJI, ELAUN, KEMUDAHAN DAN SKIM PERLINDUNGAN Gaji, Elaun Dan Kemudahan 1. Kelayakan gaji pegawai yang BDR tidak terjejas dan masih tertakluk kepada peraturan semasa yang berkuat kuasa. 2. Pegawai yang BDR layak menikmati semua jenis elaun dan kemudahan yang diperuntukkan mengikut syarat dan peraturan semasa yang berkuat kuasa kecuali yang dinyatakan sebaliknya. 3. Elaun Lebih Masa (ELM) adalah tidak layak dibayar kepada pegawai yang BDR. Sekiranya, pegawai BDR diarahkan bekerja di lokasi lain selain Rumah di luar waktu bekerjanya, ELM boleh dipertimbangkan tertakluk kepada peraturan yang berkuat kuasa. 4. Kerajaan tidak akan menanggung apa-apa kos utiliti seperti bil telefon, bil elektrik, sewaan jalur lebar, pembaikan kerosakan peralatan dan sebagainya sepanjang tempoh pegawai BDR. 5. Bagi tujuan tuntutan elaun, kemudahan dan bayaran kerana menjalankan tugas rasmi semasa BDR hendaklah mematuhi Pekeliling Perbendaharaan WP1.4 berhubung Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan Dan Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Kerana Menjalankan Tugas Rasmi (Tidak Termasuk Tentera Dan Polis) atau pindaannya dari semasa ke semasa.

 1-8 Skim Perlindungan Untuk Pegawai Yang BDR 6. Pegawai yang diarahkan BDR adalah layak dipertimbangkan bayaran faedah Skim Ex-Gratia Bencana Kerja sekiranya mengalami bencana sehingga menyebabkan hilang upaya kekal atau kematian semasa menjalankan tugas di Rumah dalam tempoh waktu bekerja yang ditetapkan. 7. Syarat dan peraturan pemberian pampasan Skim Ex-Gratia Bencana Kerja adalah tertakluk kepada pekeliling, surat pekeliling, surat edaran dan arahan oleh Kementerian Kewangan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

 1-9 BAHAGIAN D KEMUDAHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) Kemudahan Infrastruktur Dan Digital Peralatan Atau Peranti TMK 1. Peralatan dan peranti TMK merupakan keperluan asas untuk menjalankan tugasan di Rumah. Sehubungan itu, beberapa tindakan boleh diambil seperti berikut: 1.1. pegawai hendaklah mempunyai telefon bimbit dan kemudahan capaian internet yang sewajarnya; 1.2. Jabatan boleh berdasarkan keperluan, membekalkan peralatan dan peranti TMK yang bersesuaian kepada pegawai. Antara peralatan dan peranti tersebut adalah komputer riba, peranti mudah alih (contoh: tablet) atau lain-lain perkakasan yang berkaitan. Peralatan atau peranti TMK yang berkaitan perlu dilengkapi dengan perisian yang sesuai untuk melancarkan pelaksanaan tugasan harian. Walau bagaimanapun, penggunaan peralatan atau perkakasan persendirian boleh dibenarkan dengan syarat mematuhi kriteria keselamatan dan disahkan oleh Pegawai Keselamatan TMK Jabatan; 1.3. Jabatan hendaklah memastikan peralatan atau peranti TMK yang berkaitan dilindungi dari kod hasad dengan memasang perisian Endpoint Detection And Response (EDR), atau sekurang-kurangnya perisian antivirus yang dapat mengesan kod hasad dan ransomware secara real-time;

 1-10 1.4. Jabatan hendaklah mengeluarkan arahan pentadbiran yang membenarkan pegawai membawa pulang peralatan atau peranti TMK yang diperlukan sekiranya pegawai menggunakan peralatan atau peranti milik Jabatan; 1.5. Jabatan tidak akan membekalkan perkakasan-perkakasan lain seperti mesin pencetak, mesin fotostat, mesin pengimbas dan mesin perincih. Sekiranya pegawai perlu menggunakan perkakasan-perkakasan ini, pegawai perlu hadir ke pejabat; 1.6. Jabatan perlu menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi menjaga keselamatan peralatan atau peranti TMK dengan merujuk kepada Dasar Keselamatan TMK Jabatan, Polisi Keselamatan Siber (PKS) Jabatan dan Rangka Kerja Keselamatan Sektor Awam (RAKKSSA); dan 1.7. setiap pegawai hendaklah mengambil langkah-langkah yang bersesuaian bagi memastikan keselamatan peralatan atau peranti TMK yang dibekalkan oleh Jabatan berdasarkan SOP yang ditetapkan. Sistem Pengurusan Kehadiran Pegawai 2. Sistem pengurusan kehadiran pegawai bertujuan untuk merekod kehadiran (waktu masuk dan waktu pulang) dan tempoh masa bekerja menggunakan sistem aplikasi tanpa mengambil kira kehadiran pegawai ke stesen kerja fizikal. Jabatan boleh menggunakan sistem aplikasi yang merekod kehadiran bertugas, merekod lokasi pegawai, memuat naik data kehadiran, menguruskan kehadiran pegawai, merekod catatan tugas pegawai, memantau tugasan pegawai di bawah seliaan, memuat turun kehadiran, menjana laporan dan statistik kehadiran. Pengesahan Identiti Pegawai 3. Pengesahan identiti pegawai bertujuan untuk menentukan kesahihan identiti pegawai bagi mengelakkan penipuan identiti dan penyalahgunaan sumber Kerajaan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy