Waktu Bekerja

 30 CERAIAN SR.4.2.6 PELEPASAN WAKTU BEKERJA BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG MEMPUNYAI ANAK-ANAK KURANG UPAYA TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menetapkan pelaksanaan pelepasan waktu bekerja bagi Pegawai Perkhidmatan Awam yang mempunyai anak-anak kurang upaya. LATAR BELAKANG 2. Selaras dengan keputusan Kerajaan mengenai perkara tersebut, Pegawai Perkhidmatan Awam yang mempunyai anak-anak kurang upaya dibenarkan menggunakan waktu bekerja biasa sebagaimana yang diamalkan sekarang untuk menguruskan kebajikan dan keperluan anak-anak mereka. PELAKSANAAN 3. Dalam melaksanakan kemudahan ini, Ketua Jabatan bolehlah memberi kebenaran kepada pegawai berkenaan untuk menggunakan masa-masa tertentu yang diperlukan dalam waktu bekerja biasa mengikut kesesuaian masing-masing. 4. Seterusnya pegawai yang berkenaan perlu mempastikan supaya masa-masa yang digunakan itu diganti semula bagi tujuan untuk menyelesaikan tugas hakikinya supaya perkhidmatan Kerajaan tidak terjejas. PEMBATALAN 5. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Surat Edaran JPA(S)1619 Klt.11(29) bertarikh 30 Ogos 2004: Waktu Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Mempunyai Anak-anak Kurang Upaya adalah dibatalkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy