52 CERAIAN SR.4.1.3 DASAR HARI BEKERJA HIBRID TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaan berkaitan dasar Hari Bekerja Hibrid (HBH) sebagai norma kerja baharu bagi pegawai perkhidmatan awam. LATAR BELAKANG 2. Perintah Am 5 Bab G Tahun 1974 mengenai Waktu Bekerja dan Lebih Masa memperuntukkan bahawa semua pegawai yang bekerja waktu pejabat termasuk Ketuaketua Jabatan sendiri, hendaklah mematuhi waktu-waktu bekerja dan hadir di pejabat dalam masa yang ditetapkan. Bagi pegawai yang mengikuti Waktu Bekerja Bukan Pejabat pula, pegawai dikehendaki hadir bekerja di suatu tempat bekerja yang telah ditentukan kepada mereka meliputi satu masa bekerja atau giliran bekerja. 3. Sebagai usaha berterusan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan awam dan keperluan mengimbangi keperluan tugas dan kesejahteraan pegawai, maka Kerajaan mulai tahun 2021 telah melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) sebagai alternatif cara bekerja baharu dalam perkhidmatan awam melalui Ceraian SR. 4.1.2: Dasar Bekerja Dari Rumah yang mana pegawai boleh diarah atau memohon untuk BDR mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. 4. Dalam hal ini, Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) menekankan perluasan inisiatif Aturan Kerja Fleksibel (AKF) bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat serta memperluas penyertaan tenaga kerja, khususnya dalam kalangan wanita dan golongan yang mempunyai kekangan tertentu dalam aturan kerja konvensional. 5. Sehubungan itu, Kerajaan telah bersetuju HBH sebagai norma kerja baharu untuk pegawai awam yang mana kehadiran bekerja lima (5) hari seminggu di pejabat diubah kepada gabungan kehadiran bertugas secara fizikal di pejabat dan bekerja di rumah/ lokasi lain. Ini salah satu inisiatif kalis masa hadapan dengan ketersediaan pegawai awam untuk menyampaikan perkhidmatan dalam apa jua perubahan global dan cara kerja akan datang.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy