Waktu Bekerja

                 62 2.2 Pegawai Dikecualikan Pegawai yang dikecualikan HBH adalah seperti berikut: i. pegawai yang bertugas dalam sektor keselamatan, pertahanan dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan, kawalan sempadan, risikan dan perlu bersiap siaga/ sedia; ii. pegawai yang bertugas dalam sektor pendidikan yang terlibat dengan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah; iii. pegawai yang bertugas dalam sektor kesihatan di hospital, klinik kesihatan, klinik desa, klinik ibu dan anak, klinik pergigian dan klinik komuniti; dan iv. pegawai yang bertugas di mahkamah yang memerlukan kehadiran fizikal dan perkhidmatan bersemuka dengan pelanggan. 3. Hari HBH Pelaksanaan HBH adalah bekerja tiga (3) hari di pejabat dan dua (2) hari BDR seperti berikut: 3.1 Bagi negeri yang Hari Kelepasan Mingguan (HKM) merupakan hari Ahad, hari Isnin dan Jumaat adalah merupakan hari yang ditetapkan untuk hadir bekerja di pejabat. Satu (1) lagi hari bekerja di pejabat boleh ditetapkan oleh Ketua Jabatan dan dua (2) hari selebihnya adalah hari BDR. 3.2 Bagi negeri yang Hari Kelepasan Mingguan (HKM) merupakan hari Jumaat, hari Ahad dan Khamis adalah merupakan hari yang ditetapkan untuk hadir bekerja di pejabat. Satu (1) lagi hari bekerja di pejabat boleh ditetapkan oleh Ketua Jabatan dan dua (2) hari selebihnya adalah hari BDR. 3.3 Ringkasan susunan HBH adalah seperti jadual di bawah:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy