Waktu Bekerja

 16 SR.4.1.2 10. Pelaksanaan BDR hendaklah dipastikan tidak akan menjejas atau menyebabkan penyusutan kualiti penyampaian perkhidmatan dan prestasi kerja pegawai. Ketua Jabatan hendaklah menetapkan dan memantau pencapaian tugasan pegawai yang BDR. 11. Panduan umum mengenai pelaksanaan BDR berkaitan: (a) Kaedah Pelaksanaan; (b) Waktu Bekerja, Hari, Tempoh dan Tempat Semasa BDR; (c) Gaji, Elaun, Kemudahan dan Skim Perlindungan; (d) Kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi; dan (e) Pematuhan Peraturan bolehlah dirujuk dalam Garis Panduan Pelaksanaan Bekerja Dari Rumah seperti di Lampiran SR.4.1.2. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN DAN PEGAWAI 12. Bagi memastikan kesinambungan penyampaian perkhidmatan berjalan seperti biasa dan pelaksanaan kemudahan BDR tidak menjejaskan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk; a. memberi arahan atau kebenaran secara bertulis kepada pegawai di bawah seliaannya untuk BDR tertakluk kepada peraturan-peraturan yang dinyatakan di perenggan 9; b. memantau penyempurnaan sasaran output tugasan pegawai yang ditetapkan kepada pegawai semasa BDR; dan c. memastikan semua tugasan yang dilaksanakan oleh pegawai semasa BDR adalah mematuhi peraturan seperti yang dinyatakan di perenggan 9 dan Bahagian E: Garis Panduan Pelaksanaan BDR. 13. Bagi memastikan BDR dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan berintegriti, pegawai yang diarah atau dibenarkan untuk BDR hendaklah: a. mengemukakan maklumat mengenai alamat Rumah sebagai tempat bekerja semasa BDR; b. mematuhi semua peraturan yang dinyatakan di perenggan 9 dan Bahagian E: Garis Panduan Pelaksanaan BDR; dan c. mematuhi dan menyempurnakan semua sasaran output kerja yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy