66 BAHAGIAN C KEMUDAHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) Kemudahan Infrastruktur Dan Digital Peralatan Atau Peranti TMK 1. Peralatan atau peranti TMK merupakan keperluan asas untuk menjalankan tugasan di rumah/ lokasi lain. Sehubungan itu, beberapa tindakan boleh diambil seperti berikut: 1.1. Pegawai hendaklah memastikan mereka mempunyai telefon bimbit, peralatan atau peranti TMK yang bersesuaian dan kemudahan capaian internet yang sewajarnya di rumah/ lokasi yang diluluskan oleh Ketua Jabatan sebagai prasyarat utama untuk melaksanakan HBH; 1.2. Jabatan boleh berdasarkan keperluan, membekalkan peralatan atau peranti TMK yang bersesuaian kepada pegawai. Peralatan atau peranti TMK yang berkaitan perlu dilengkapi dengan perisian yang sesuai untuk melancarkan pelaksanaan tugasan harian. Walau bagaimanapun, penggunaan peralatan atau perkakasan persendirian boleh dibenarkan dengan syarat mematuhi kriteria keselamatan dan disahkan oleh Pegawai Keselamatan TMK Jabatan; 1.3. Jabatan hendaklah memastikan peralatan TMK yang berkaitan dilindungi dari kod hasad dengan memasang perisian Endpoint Detection And Response (EDR), atau sekurang-kurangnya perisian antivirus yang dapat mengesan kod hasad dan ransomware secara real-time; 1.4. Jabatan hendaklah mengeluarkan arahan pentadbiran yang membenarkan pegawai membawa pulang peralatan TMK yang diperlukan sekiranya pegawai menggunakan peralatan TMK milik Jabatan;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy