Waktu Bekerja

                 69 rujukan oleh Ketua Jabatan atau penyelia bagi memastikan pematuhan waktu bekerja serta keberkesanan pelaksanaan HBH. Penyeliaan Tugasan Pegawai Secara Digital 11. Ketua Jabatan hendaklah sentiasa menyelia tugasan pegawai HBH yang BDR bagi memantau status serta perkembangan tugasan yang telah ditetapkan secara digital, sekali gus memastikan urusan pemantauan, penyelarasan dan pelaporan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan. 12. Ketua Jabatan boleh mengguna pakai Perkhidmatan Komunikasi Bersepadu Kerajaan (MyGovUC2.0) atau pindaannya dari semasa ke semasa yang menggabungkan saluran komunikasi seperti telesidang, instant messaging, perkongsian dokumen, pengurusan mesyuarat secara maya serta perkongsian desktop. Kesemua tiga (3) perkhidmatan utama MyGovUC2.0 iaitu perkhidmatan telesidang, e-mel dan perkhidmatan storage- Big Mail Transfer (BMT) boleh dimanfaatkan bagi memastikan tugasan pegawai menepati kehendak atau sasaran yang ditetapkan. Pengurusan Dokumen Kerajaan 13. Dokumen dan data Kerajaan perlu diurus dengan lebih sistematik bagi melindungi maklumat Kerajaan. Sehubungan itu, Jabatan boleh mengguna pakai kemudahan aplikasi dan perkhidmatan yang telah disediakan oleh Kerajaan, antaranya: 13.1. Menggunakan Digital Document Management System 2.0 (DDMS 2.0) bagi tujuan pengurusan, penyimpanan dan perkongsian dokumen serta rekod rasmi Kerajaan. DDMS 2.0 membolehkan pengurusan dokumen rasmi dan rahsia rasmi untuk kategori Terhad dan Sulit. Dari aspek keselamatan, data dalam DDMS 2.0 dilindungi melalui kaedah penyulitan (encryption) dalam semua keadaan, iaitu semasa penyimpanan (data-at-rest), penggunaan (data-in-use) dan penghantaran data (data-in-motion); 13.2. Menggunakan perkhidmatan e-mel di bawah MyGovUC2.0, e-mel rasmi Jabatan sedia ada atau medium mudah alih dengan mengambil kira teknologi penyulitan (encryption) semasa memindahkan maklumat; 13.3. Menggunakan perkhidmatan pengkomputeran awan Kerajaan iaitu MyGovCloud@PDSA untuk keperluan storan dan pemprosesan; atau

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy