61 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN HARI BEKERJA HIBRID BAHAGIAN A PELAKSANAAN OBJEKTIF 1. Garis Panduan ini bertujuan untuk menjelaskan tatacara pelaksanaan Hari Bekerja Hibrid (HBH) dalam perkhidmatan awam. 2. Kriteria Pegawai 2.1 Pegawai Layak Pegawai yang melaksanakan Waktu Bekerja Pejabat dan memenuhi kriteria kelayakan berikut: i. skop tugas tidak melibatkan perkhidmatan bersemuka secara fizikal sepenuhnya kepada pelanggan; ii. skop tugas tidak memerlukan kehadiran sepenuhnya di pejabat untuk melaksanakan tugas; iii. mempunyai peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang bersesuaian untuk melaksanakan tugas; dan iv. markah penilaian prestasi 85% dan ke atas atau pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicator-KPI) melepasi sasaran dan ke atas serta bebas dari sebarang prosiding tatatertib.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy