73 BAHAGIAN D PEMATUHAN PERATURAN Peraturan Pegawai Perkhidmatan Awam 1. Pegawai HBH adalah tertakluk kepada semua peraturan yang berkuat kuasa ke atas pegawai perkhidmatan awam, termasuklah semua undang-undang, peraturan, pekeliling dan arahan yang berkuat kuasa dan terpakai kepada pegawai awam dari semasa ke semasa, termasuk antara lain, tetapi tidak terhad kepada: (i) Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88]; (ii) Arahan Keselamatan; (iii) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U (A) 395/1993]; dan (iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61]. 2. Pegawai diambil kira sebagai hadir bekerja apabila hadir pada hari, tempat dan tempoh semasa HBH untuk melaksanakan tugasan yang ditetapkan. Ketidakhadiran bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah boleh menyebabkan pegawai dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U(A) 395/1993]. 3. Pegawai hendaklah sentiasa berada di pejabat atau rumah atau lokasi lain yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan, dan boleh dihubungi dalam hari dan tempoh waktu bekerjanya. 4. Pegawai yang tidak dapat mencapai output yang ditetapkan, mempunyai masalah kehadiran atau mempunyai masalah untuk dihubungi dalam hari dan tempoh waktu bekerja tanpa sebarang alasan yang munasabah, kelayakan HBH boleh ditarik balik oleh Ketua Jabatan sehingga prestasi dan kehadiran pegawai adalah baik. 5. Ketua Jabatan bertanggungjawab menjalankan kawalan, pemantauan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai yang BDR. Kegagalan Ketua Jabatan berbuat demikian dianggap sebagai cuai dalam melaksanakan tugasnya dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy