Waktu Bekerja

                 54 (v) kelayakan HBH boleh ditarik balik secara sementara tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan seperti Lampiran SR.4.1.3, Bahagian D: Pematuhan Peraturan; (vi) pelaksanaan HBH hendaklah tidak menjejaskan kualiti penyampaian perkhidmatan awam, produktiviti, prestasi kerja pegawai, keselamatan maklumat rasmi dan imej perkhidmatan awam; (vii) berteraskan kepercayaan, integriti dan kebertanggungjawaban pegawai; (viii) berpandukan output, sasaran kerja dan keberhasilan penyampaian perkhidmatan; (ix) tidak menjejaskan kesinambungan operasi jabatan dan perkhidmatan kepada rakyat; (x) mengambil kira keselamatan dokumen rasmi dan rahsia rasmi, kerahsiaan maklumat dan keperluan pematuhan peraturan; dan (xi) disokong penggunaan teknologi digital, sistem pemantauan kehadiran dan tugasan serta pengurusan dokumen secara digital. PERATURAN 9. Bagi pegawai yang HBH, perkara-perkara yang berikut hendaklah dipatuhi: (i) sentiasa berada di pejabat, rumah atau lokasi lain mengikut hari yang ditetapkan; (ii) sentiasa boleh dihubungi dalam hari dan tempoh waktu bekerjanya; (iii) sentiasa bersedia untuk hadir ke pejabat atau mana-mana lokasi yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dalam tempoh yang munasabah semasa BDR; dan (iv) semua undang-undang, peraturan, pekeliling dan arahan yang berkuat kuasa dan terpakai kepada pegawai awam dari semasa ke semasa, termasuk antara lain, tetapi tidak terhad kepada: (a) Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88]; (b) Arahan Keselamatan;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy