Waktu Bekerja

                 68 Capaian Atau Akses Kepada Sumber 5. Semasa pegawai HBH yang BDR, terdapat keperluan untuk pegawai mengakses sumber TMK Jabatan bagi melaksanakan tugasan rasmi. Jabatan hendaklah mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memastikan kebenaran capaian tidak mengkompromi aspek keselamatan sumber TMK tersebut. 6. Capaian hanya dibenarkan dalam persekitaran komunikasi selamat. Access Control List (ACL) kepada sumber TMK bagi capaian jarak jauh perlu diperketat dan dipantau penggunaannya. Penggunaan kaedah capaian menggunakan tunnelling berasaskan Secure Sockets Layer Virtual Private Network (SSLVPN) hendaklah dilaksanakan bagi capaian langsung yang membenarkan pengemaskinian. Jabatan bertanggungjawab mengaktif dan menyediakan SSLVPN bagi kegunaan warga masing-masing. Pemantauan Secara Maya Bagi Sasaran Kerja Dan Output 7. Bagi tujuan pemantauan secara maya yang lebih berkesan melalui aplikasi SPOT-Me, Jabatan boleh memaksimumkan penggunaan ruangan Tugasan yang disediakan bagi membolehkan pegawai HBH semasa BDR untuk merekodkan aktiviti kerja yang dilaksanakan. 8. Ketua Jabatan atau penyelia boleh menyemak dan mengesahkan tugasan pegawai secara berkala serta boleh menjadi input kepada semakan semula sasaran kerja dan output. 9. Bagi memastikan pemantauan secara maya pergerakan pegawai HBH semasa BDR dapat dilaksanakan secara lebih berkesan, Jabatan boleh menggunakan kemudahan Virtual Private Network (VPN), sistem Instant Messenger rasmi Jabatan serta aplikasi pemantauan status peranti - Sistem Idle Detection yang boleh mengesan ketidakaktifan peranti seperti tiada pergerakan tetikus atau papan kekunci melebihi tempoh tertentu (contohnya 15 minit) dan menandakan status pegawai sebagai “idle”. 10. Melalui kaedah ini, status capaian pegawai dapat dipantau berdasarkan log masuk VPN, aktiviti penggunaan peranti dan status dalam aplikasi komunikasi rasmi seperti ‘active’, ‘away’ atau ‘idle’. Sistem juga boleh ditetapkan untuk mengesan keadaan pegawai yang tidak aktif atau tidak berada di hadapan peranti melebihi tempoh tertentu, contohnya 20 hingga 30 minit, bagi tujuan pemantauan dan pengesahan keberadaan semasa waktu bekerja. Rekod pemantauan ini boleh dijadikan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy