Waktu Bekerja

 32 CERAIAN SR.4.2.7 PERATURAN MEMBERIKAN KEBENARAN TIDAK HADIR KERJA ATAS SEBAB-MUSABAB KECEMASAN AM TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menetapkan peraturan bagi memberikan kebenaran kepada pegawai-pegawai tidak hadir bekerja atas sebab kecemasan seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi, jambatan runtuh, lain-lain malapetaka dan bencana alam, perintah berkurung dan perintah sekatan am oleh pihak berkuasa yang menyebabkan terhalangnya perjalanan ke pejabat atau ke tempat bekerjabiasa. LATAR BELAKANG 2. Peraturan kebenaran kepada pegawai-pegawai tidak hadir bekerja atas sebab kecemasan adalah seperti diperuntukkan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1986. PELAKSANAAN 3. Ketua Jabatan adalah diberi kuasa untuk membenarkan pegawai di bawah kawalan masing-masing tidak hadir ke pejabat menjalankan tugas akibat sesuatu kejadian kecemasan yang menyebabkan keadaan memaksa pegawai itu tidak hadir bekerja. 4. Pegawai yang tidak hadir kerja disebabkan kecemasan am itu hendaklah mengemukakan satu perakuan seperti di Lampiran SR.4.2.7 sebaik sahaja pegawaiitu bertugas semula dan Ketua Jabatan hendaklah berpuas hati dan mengesahkan bahawa kecemasan am telah berlaku yang menyebabkan pegawai itu tidak dapat hadir bertugas. 5. Dalam menimbangkan perakuan pegawai ini, Ketua Jabatan bolehlah memperolehi maklumat dan pengesahan kejadian kecemasan am atau perintah tertentu sebenarnya telah berlaku daripada punca-punca berikut: a) Pegawai Daerah atau Penghulu; b) Pegawai Polis; c) Jabatan Penerangan Malaysia;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy