78 Bil. Perkara Keterangan e. Melaksanakan sandaran (backup) bagi data dan maklumat Kerajaan untuk mengurangkan risiko data tidak dapat diakses jika berlaku kerosakan peranti atau akibat serangan ransomware. Sandaran (Backup) hendaklah dibuat secara berkala serta diuji pemulihannya bagi memastikan data boleh dipulihkan sekiranya berlaku kerosakan peralatan dan kehilangan data; f. Melaksanakan keselamatan fizikal bagi mengurangkan risiko kecurian dan kerosakan peranti; g. Melaksanakan screen lock jika tidak berada di hadapan komputer/peranti, ini memastikan paparan skrin komputer tidak boleh dilihat oleh ahli keluarga atau pihak ketiga, dan dokumen fizikal rasmi tidak ditinggalkan terdedah tanpa pengawasan; h. Mengasingkan komputer yang digunakan untuk maklumat rasmi dan urusan peribadi serta larangan menggunakan platform tidak rasmi, aplikasi peribadi dan storan awan persendirian untuk menyimpan, memproses atau berkongsi maklumat rasmi Kerajaan khususnya maklumat terperingkat; dan i. Menggunakan secure delete jika perlu memadamkan fail. 3. Mengendalikan maklumat terperingkat a. Memastikan maklumat terperingkat diproses pada perkakasan atau peranti TMK yang dibekalkan dan dibenarkan oleh Kerajaan sahaja; b. Menggunakan teknologi penyulitan jika ingin memindahkan maklumat menggunakan e-mel, media storan mudah alih atau lain-lain medium yang sesuai; dan
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy