67 1.5. Jabatan tidak akan membekalkan perkakasan-perkakasan lain seperti mesin pencetak, mesin fotostat, mesin pengimbas dan mesin perincih. Sekiranya pegawai perlu menggunakan perkakasan-perkakasan ini, pegawai perlu hadir ke pejabat; 1.6. Jabatan perlu menyediakan Prosedur Operasi Standard (Standard Operating Procedure [SOP]) bagi menjaga keselamatan peralatan TMK dengan merujuk kepada Dasar Keselamatan TMK Jabatan dan manamana polisi keselamatan yang sedang berkuatkuasa; dan 1.7. setiap pegawai hendaklah mengambil langkah-langkah yang bersesuaian bagi memastikan keselamatan peralatan TMK yang dibekalkan oleh Jabatan berdasarkan SOP yang ditetapkan. Sistem Pengurusan Kehadiran Pegawai 2. Sistem pengurusan kehadiran bagi pegawai HBH yang BDR untuk merekod waktu masuk, waktu pulang, dan tempoh bekerja secara digital tanpa mengambil kira kehadiran fizikal pegawai di pejabat. Bagi melancarkan pelaksanaan HBH, Aplikasi Sistem Pemantauan Operasi Tugas atau SPOT-Me yang dibangunkan oleh Jabatan Digital Negara (JDN) hendaklah digunapakai untuk tujuan ini. Pengesahan Identiti Pegawai 3. Pengesahan identiti pegawai bertujuan untuk menentukan kesahihan identiti pegawai bagi mengelakkan penipuan identiti dan penyalahgunaan sumber Kerajaan. Antara kaedah pengesahan identiti pegawai yang boleh dipertimbang untuk diguna pakai adalah: 3.1. Menggunakan pengesahan pelbagai faktor (multi factor) seperti gabungan kata laluan dengan nombor Transaction Authorisation Code (TAC); 3.2. Menggunakan perkhidmatan tanda tangan digital seperti Perkhidmatan Prasarana Kunci Awam Kerajaan (MyGPKI); atau 3.3. Menggunakan Digital ID seperti MyDigital ID. 4. Semua sistem aplikasi dan kawalan capaian sumber TMK Jabatan yang berkaitan hendaklah mengambil kira keperluan pengesahan identiti pegawai dan diubahsuai mengikut tahap keselamatan perlindungan yang sewajarnya.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy