56 (vi) memastikan pegawai yang BDR boleh dihubungi pada hari dan tempoh waktu bekerja dan hadir ke pejabat atau mana-mana lokasi yang diarahkan apabila diperlukan atas kepentingan perkhidmatan. TANGGUNGJAWAB PEGAWAI 13. Pegawai yang melaksanakan HBH hendaklah: (i) sentiasa berada di pejabat, rumah atau lokasi lain yang diluluskan mengikut hari dan tempoh waktu bekerja yang ditetapkan; (ii) sentiasa boleh dihubungi dalam hari dan tempoh waktu bekerja; (iii) bersedia hadir ke pejabat atau mana-mana lokasi apabila diarahkan oleh Ketua Jabatan dalam tempoh yang munasabah; (iv) mencapai semua sasaran output kerja yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan; (v) memastikan keselamatan peralatan, dokumen rasmi dan maklumat Kerajaan dipelihara sepanjang tempoh pelaksanaan HBH; (vi) mengemas kini alamat terkini rumah kediaman dalam HRMIS; (vii) mengisi borang di Lembaran SR.4.1.3 (A) untuk mendapatkan kelulusan Ketua Jabatan bagi melaksanakan BDR di lokasi lain; dan (viii) sentiasa mematuhi semua undang-undang, peraturan, pekeliling dan arahan yang berkuat kuasa dan terpakai kepada pegawai awam dari semasa ke semasa, termasuk antara lain, tetapi tidak terhad kepada: (a) Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88]; (b) Arahan Keselamatan; (c) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U (A) 395/1993]; dan (d) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61].
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy