Waktu Bekerja

 15 SR.4.1.2 DASAR BDR 5. Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan boleh dipertimbangkan untuk BDR berdasarkan syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan dalam pekeliling perkhidmatan ini. 6. BDR memperuntukkan pegawai melaksanakan tugas hakiki atau tugas-tugas rasmi lain dari Rumah pada hari bekerjanya sama ada secara sepenuh hari atau separuh hari bagi sesuatu tempoh, mengikut kesesuaian tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan awam dan diambil kira sebagai hadir bertugas. PRINSIP PELAKSANAAN BDR 7. Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan hanya boleh BDR apabila: (a) mendapat arahan daripada Kerajaan; atau (b) mendapat arahan atau kebenaran daripada Ketua Jabatan. 8. Dalam keadaan tertentu, Ketua Setiausaha Negara atau Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam boleh mengarahkan mana-mana pegawai untuk BDR demi kepentingan perkhidmatan. PERATURAN 9. Bagi pegawai yang diarah atau dibenarkan BDR, perkara-perkara yang berikut hendaklah dipatuhi: (a) sentiasa berada di Rumah sebagai tempat bekerja dalam tempoh waktu bekerja yang ditetapkan; (b) sentiasa boleh dihubungi dalam tempoh, hari dan waktu bekerjanya; (c) sentiasa bersedia untuk hadir ke pejabat atau mana-mana lokasi lain yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dalam tempoh yang munasabah; dan (d) semua undang-undang, peraturan, pekeliling dan arahan yang berkuat kuasa dan terpakai kepada pegawai awam dari semasa ke semasa, termasuk antara lain, tetapi tidak terhad kepada: (i) Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88]; (ii) Arahan Keselamatan; (iii) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U (A) 395/1993]; dan (iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61].

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy