Waktu Bekerja

25  SR.4.2.3 dan Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Kerana Menjalankan Tugas Rasmi (Tidak Termasuk Anggota Tentera dan Anggota Polis) dan pindaannya dari semasa ke semasa; e) pegawai tidak layak menuntut sebarang bayaran bagi tujuan kemudahan perlindungan insurans kesihatan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Ceraian SR.2.4.1 dan pindaannya dari semasa ke semasa; f) tempoh pelepasan yang dibenarkan adalah tidak melebihi daripada 60 hari bagi setiap musim haji, kecuali mendapat kebenaran khas dari Ketua Jabatan bagi pegawai-pegawai yang terpilih; g) pemberian pelepasan ini adalah dipertimbang dan diluluskan oleh Ketua Jabatan, tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan; h) tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan, Ketua Jabatan boleh pada bila-bila masa memanggil pegawai untuk bertugas semula; dan i) pemberian pelepasan ini hendaklah direkodkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan pegawai. PEMBATALAN 4. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Surat Edaran JPA(S)223/8/3 Klt.13(26) bertarikh 26 November 2009: Pemberian Pelepasan Seperti Bertugas Rasmi Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Dilantik Sebagai Petugas Lembaga Tabung Haji Di Tanah Suci Semasa Musim Haji adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 5. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy